Penubuhan tabung tersebut ju­ga adalah sebagai satu tanggungjawab sosial korporat kepada mahasiswa UTM yang mencapai kecemerlangan akademik sepanjang menuntut di universiti tersebut.

Tabung biasiswa itu berperanan membiayai pengajian pelajar yang berkelayakan bagi menampung kos sara hidup sepanjang berada di UTM.

Tabung Biasiswa UTMSpace dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali pada 23 Mac lalu di Nilai Springs Golf Resort, Negeri Sembilan.

Salah seorang penerima Ta­bung Biasiswa UTMSpace, Lois Chung Xiao Shiuan berkata, dia tidak menyangka terpilih menerima biasiswa itu kerana pemohonnya terlalu ramai.

“Kini, apa yang saya perlu uta­makan adalah tumpukan perha­tian sepenuhnya pada pembe­lajaran bagi memastikan saya mam­pu merealisasikan impian un­tuk mencapai tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Xiao Shiuan yang meminati ma­ta pelajaran fizik dan matematik memilih UTM kerana berpendapat universiti itu memiliki program kejuruteraan terbaik di Malaysia dan dia sedar bahawa peluang itu amat sukar diperoleh kalau bukan dengan usaha yang berlipat ganda.

Seorang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Muhammad Harriez Iskandar turut meluahkan rasa syukur kerana terpilih menerima biasiswa dari Tabung Biasiswa UTMSpace.

“Biasiswa ini akan menjadi pencetus semangat untuk saya terus maju dan sudah pasti saya tidak akan mensia-siakan bantuan yang diterima,” ujarnya.

Tambahnya, UTM sememang­nya merupakan pusat ilmu dan kecemerlangan terbaik di negara ini, khususnya dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi.

Malah, katanya, segala kelengkapan dan infrastruktur yang disediakan oleh universiti itu adalah yang terbaik dan berkualiti.

Muhammad Harriez yang memi­nati bidang kejuruteraan sejak di bangku sekolah lagi turut berazam untuk memanfaatkan il­mu yang diperoleh itu pada masa depan.

Seorang pelajar diploma dalam bidang Sains Komputer, R. Krisnavenii pula menyifatkan pemberian biasiswa itu menunjukkan bahawa pengurusan tertinggi universiti berusaha me­nyediakan pelbagai inisiatif untuk membo­lehkan pelajar UTM menim­ba ilmu dengan selesa.

Jelasnya, pengurusan UTM da­ripada pihak atasan hinggalah kepada pensyarah, pegawai dan kakitangan pentadbiran juga te­lah memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan proses pembelajaran pe­lajar di UTM ter­urus.

“Para pensyarah amat membantu dalam pembelajaran dan me­reka sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa mengira wak­tu dan keadaan.

“Sesungguhnya mutu pembe­lajaran di UTM amat berkualiti dan ia perlu direbut oleh semua pihak demi mendapatkan ilmu,” kata Krisnavenii.

Dalam majlis pelancaran Ta­bung Biasiswa itu, UTMSpace turut meraikan penaja-penaja yang menyertai Kejohanan Golf Amal UTM 2017.

Penganjuran acara ter­sebut ada­lah hasil kerjasama UTM Alumni bagi mendapatkan penajaan dalam aktiviti kesukanan me­lalui kejohanan golf.

Kejohanan itu mampu menjalin hubungan baharu dengan pemain utama industri dan agensi luar.

Selain menjana kutipan dana daripada pertandingan golf amal, kejohanan tersebut turut dapat mempromosi UTMSpace kepada umum.

Penajaan daripada sektor kor­porat yang berjaya mengumpul sebanyak RM1.15 juta menggambarkan jaringan hubungan antara universiti dan industri sememangnya kuat sejak dahulu lagi.