Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sukarelawan Mampan berbakti di Felda

SUKARELAWAN Mampan 2017 bersama JKKK dan Pengurusan Felda bergambar
SUKARELAWAN Mampan 2017 bersama JKKK dan Pengurusan Felda bergambar dalam program khidmat bakti di Felda Kota Gelanggi Dua dan Felda Kota Gelanggi Empat, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

JERANTUT 18 April – Seramai 80 sukarelawan Majlis Mahasiswa Anak Pahang (Mampan) me­ngadakan program khidmat bakti di Felda Kota Gelanggi Dua dan Empat, dekat sini baru-baru ini.

Program itu disertai penuntut berasal dari negeri ini dan sedang mengikuti pengajian di pelbagai universiti awam serta swasta yang memberi mereka peluang menyelami kehidupan masyarakat peneroka di tanah rancangan berkenaan apabila tinggal bersama 25 keluarga angkat.

Antara aktiviti yang disertai mereka pada program tiga hari itu adalah bergotong-royong mengecat premis, membantu menceria­kan landskap rumah keluarga ang­kat, motivasi murid, sukaneka dan menanam benih pokok bunga di sepanjang laluan di sekitar Felda Kota Gelanggi Empat.

Seorang peserta, Nur Atika Masbah, 21, berkata, peluang tinggal bersama keluarga angkat di Felda Kota Gelanggi Empat memberikannya pengalaman baharu terutama tentang kehidupan peneroka di situ.

“Penempatan tersusun di Felda ini memberi gambaran masyarakat di sini hidup dalam suasana harmoni dan kekeluargaan.

“Kami juga berpeluang melihat sektor pertanian komersial dan usahawan mendominasi pekerjaan serta pendapatan peneroka di sini selain memperoleh hasil sawit,” kata penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai itu ketika ditemui baru-baru ini.

Rakannya, Nor Amira Aini Ismau, 20, pula berkata, program berkenaan memberi peluang kepada penuntut yang terdiri daripada sukarelawan Mampan melihat sendiri kejayaan Felda iaitu sebuah syarikat konglomerat yang mengubah kehidupan keluarga peneroka di situ menerusi sektor pertanian dan keusahawanan.

Mahasiswa dalam bidang Pe­ngurusan Infrastruktur Universi­ti Malaysia Pahang (UMP) itu ber­ka­ta, program tersebut seca­ra langsung mendidik peserta me­leng­­kapkan diri dari aspek ke­pe­mimpinan dan pengurusan ser­ta bersedia mencorakkan pembangunan di luar bandar pada masa akan datang.

“Saya berterima kasih kepada pengurusan Mampan dan kerajaan negeri kerana melaksanakan “Ia sekali gus memberi ruang kepada penuntut menyelami kehidupan komuniti peneroka yang merupakan antara penyumbang terbesar dalam pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Felda Kota Gelanggi Empat, Norhuda Hassan, 60, berkata, kunjungan penuntut yang terdiri daripada anak negeri ini cukup signifikan untuk membantu masyarakat di situ mengupayakan bidang pertanian, pendidikan dan sosial.

“Rata-rata penuntut ber­kenaan mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang dan mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan, matematik, teknologi dan industri yang mampu memberi idea kepada kami untuk memajukan kampung ini,”katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain