Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Siswa UM timba ilmu di Jepun

Program Pertukaran Budaya dan Pendidikan Antarabangsa ASTAR-UM capai matlamat

 3

SEBAGAI universiti tertua di Malaysia dan mempunyai reputasi yang amat baik dalam melahirkan graduan berkualiti glo­bal, pastinya pelbagai pendekatan di­jalankan oleh pengurusan Uni­versiti Malaya (UM) bagi mencapai matlamat tersebut.

Sejajar dengan usaha tersebut, baru-baru ini mahasiswa Kolej Kediaman Pertama (ASTAR) Universiti Malaya te­lah menganjurkan Program Pertukaran Budaya dan Pendidikan (International Culture and Education Exchange Programme - ICE 2.0) di Yamanashi, Jepun.

Program yang dibahagikan kepada dua fasa itu bermula dari 15 hingga 21 Februari lalu dan dari 22 Februari hingga 3 Mac 2017.

Menurut Pengarahnya, Mohd Alif Azmi, 22, program tersebut yang merupakan projek berskala antarabangsa dianjurkan oleh Jawatankuasa Tindakan Ko­lej (JTK), ASTAR, UM.

Menurutnya, matlamat utama penganjuran program tersebut adalah untuk memberi penekanan projek pertukaran dan percambahan idea yang melibatkan dua buah negara, di samping mengete­ngahkan kebudayaan dan cara hidup masyarakat Malaysia dan Jepun.

“Program ini juga secara tidak langsung menjadi ejen penyumbang kepada penambahbaikan kolej kediaman dan juga universiti.

“Ia turut memberi pendedahan dalam mengutamakan semangat sukarelawan dalam diri setiap peserta, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari selok-belok pengurusan aktiviti pelajar di luar negara.

“Selain itu, hubungan antara Malaysia dan Jepun telah lama terjalin dengan baik sejak 1957 dan kedua-dua negara ini akan me­raikan ulang tahun ke-60 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini,” katanya.

Jepun yang merupakan pelabur tertinggi di Malaysia telah mewujudkan 340 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Malah, dasar Pandang ke Timur yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menjadikan Jepun sebagai negara contoh kepada Malaysia dengan harapan Malaysia dapat maju dan membangun se­perti Jepun.

Dalam usaha memastikan kelancaran program itu, tiga jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Biro Perhubungan Luar, Biro Multimedia dan Publisiti dan Biro Tajaan di mana setiap biro dianggotai seramai lapan orang ahli.

Ketika berbicara lebih lanjut mengenai program tersebut, Mohd. Alif menjelaskan, program tersebut dibahagikan kepada dua fasa kerana ia diadakan di dua lokasi berbeza iaitu di Yamanashi dan Tokyo.

Mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak Universiti Yamanashi, mahasiswa ASTAR-UM berpeluang mempelajari bahasa Jepun melalui kaedah yang sangat berbeza daripada kaedah pembelajaran bahasa Jepun yang konvensional.

Pendekatan yang digunakan oleh guru bahasa Jepun amat efektif yang mana mereka menggunakan elemen jenaka dan pergerakan badan bagi memudahkan setiap peserta memahami apa yang mereka pelajari.

Sementara itu, menurut Felo Penasihat IC 2.0 yang juga merupakan Felo ASTAR, Mohd. Hairolnezam Kahmis, 37, pelaksanaan program tersebut dilihat mampu mengetengahkan bakat kepimpinan dan pengurusan mahasiswa yang bukan sahaja mampu mengendalikan pelbagai program di peringkat universiti dalam negara sahaja malah ia turut menguji kemampuan mereka di peringkat antarabangsa.

Beliau amat berharap untuk melihat mahasiswa ASTAR-UM dapat meneruskan hubungan baik dengan negara Jepun yang telah terjalin sejak sekian lama.

“Penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam program ini dilihat mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hubungan diplomatik antara negara Jepun dan Malaysia.

“Melalui program ini juga, diharapkan setiap peserta membawa pulang pengalaman dan teknik pembelajaran yang diperoleh di negara Matahari Terbit tersebut dan mampu mengaplikasikan pengurusan dan budaya negara Jepun dalam pembangunan Malaysia pada masa dEpan,” kata Mohd. Hairolnezam.

Sejajar dengan matlamat uta­ma penganjuran ICE 2.0 bagi menerokai budaya Jepun dalam perspektif yang sebenar, 15 mahasiswa yang mengikuti fasa pertama telah dibawa melawat perkampungan tradisional Jepun di kaki Gunung Fuji iaitu perkampungan Saiko Iyashi.

Perkampungan ini merupakan destinasi popular yang se­ring menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing bagi melihat dari dekat cara hidup sebenar penduduk Yamanashi sekitar 200 tahun lalu.

Setiap peserta turut diberi pendedahan mengenai teknik pemakaian sendiri kostum kimono dan pahlawan Samurai dan pastinya pengalaman sebegini membolehkan setiap peserta membandingkan budaya Malaysia dengan budaya Jepun yang mengutamakan nilai estetika dalam setiap helaian pakaian kebangsaan masing-masing.

Peserta juga diberi penera­ngan mengenai usaha kerajaan Yamanashi mengekalkan pelbagai elemen budaya dan sejarah agar terus menjadi tatapan ge­nerasi muda, khususnya dalam mengetengahkan elemen yang segar sepanjang zaman.

Peserta juga dibawa melawat keindahan 360 darjah Yamanashi di Kachi-Kachi Yama Ropeway yang merupakan satu lagi daya tarikan pelancong untuk melihat keindahan Yamanashi dari puncak Gunung Tenjo dengan menaiki kereta kabel.

Di puncak Gunung Tenjo, pelancong boleh melihat pelbagai sisi indah wilayah berkenaan khususnya semasa musim salji yang melitupi kawasan pergunungan dan Tasik Kawaguchi.

Mereka turut dibawa melawat Fujisan World Heritage di mana ia merupakan kompleks sehenti yang menempatkan pelbagai elemen pameran mengenai sejarah pembentukan Gunung Fuji yang melalui pelbagai evolusi geografi.

Sebagai gunung tertinggi di Jepun, Gunung Fuji merupakan antara ikon dan identiti paling dominan yang mempopularkan Yamanashi sebagai pusat tum­puan pelancong saban tahun.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain