Tidak mahu tanggapan sama atau stereotaip daripada masyarakat terhadap tugas jururawat, seorang pensyarah Fakulti Perubatan Sains Kejururawatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Rozainah Mat Yusoff membuktikan, tugas jururawat itu tidak terhenti setakat membantu doktor menangani masalah pesakit di hospital atau klinik, malah lebih daripada itu.

Ini termasuk menimba pelbagai pengalaman, meletakkan nama di kemuncak kerjaya dan mungkin menjadi seorang sukarelawan yang berbakti kepada insan yang memerlukan.

Menabur bakti dalam bidang kejururawatan sejak lebih 20 tahun dulu, Rozainah atau lebih mesra dengan panggilan Roza memang tidak lokek menghulurkan tenaga untuk usaha-usaha kebajikan.

Biarpun ketika menyertai bidang tersebut satu ketika dahulu bukan satu kerjaya yang diminati, namun bak kata orang ‘tidak kenal maka tidak cinta’, setelah menceburinya, baharu dia menyedari keistimewaan bidang kejururawatan yang selama ini tidak pernah diketahui.

Menceritakan sedikit latar belakang pendidikan dan bagaimana dia terlibat dalam bidang tersebut, Roza memberitahu dia belajar di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat biasiswa dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Selepas menerima diploma, anak keenam kembar daripada 10 adik-beradik ini kemudian bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebagai jururawat pembedahan ortopedik.

“Ketika bertugas di HUSM, saya berdepan dengan pelbagai kerenah pesakit dan tidak tahan melihat darah. Memang agak ironi, bertugas sebagai jururawat tetapi terasa pitam apabila melihat darah. Namun, alhamdulillah lama-kelamaan saya dapat mengatasi masalah itu.

“Bertugas sebagai jururawat di bilik pembedahan mendedahkan saya kepada pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran baharu,” kata wanita yang sangat peramah dan fasih berbahasa Inggeris ini.

Roza kemudian dilamar oleh Institut Jantung Negara (IJN) dan bekerja di institut itu pada tahun 2000. Dia bersyukur kerana IJN sanggup menunggu untuk mendapatkan khidmatnya selama beberapa bulan kerana pada masa itu dia masih berpantang selepas melahirkan anaknya yang pertama.

Biarpun sudah bertapak kukuh di IJN dan mendapat perhatian doktor kerana kecekapan kerja-kerjanya, namun hati Roza masih tidak puas untuk mencabar diri bagi mendapatkan lebih pengetahuan dan pengalaman.

Dia akhirnya mendapat biasiswa Petronas untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan menerima Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dua tahun kemudian.

Selepas itu, wanita cekal ini beralih arah sebagai jururawat klinikal di sebuah hospital swasta terkenal di ibu kota selama dua tahun.

Menyedari ilmu dan pengalaman yang didapati 
masih tidak mencukupi, wanita ini kemudian mengorak langkah menjadi tenaga pengajar di sebuah kolej swasta selama setahun bagi mendapatkan pengalaman sebagai pensyarah dan untuk meningkatkan kemahiran diri.

Seterusnya Roza mendapat tajaan biasiswa Mara pada 2008 untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya (UM), kemudian lulus dengan Sarjana Muda Sains Kejururawatan pengkhususan dalam pembedahan jantung.

Dia kemudian ke Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), sebagai tenaga pengajar selama setahun, sebelum menyertai Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai Pensyarah Kejururawatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 2013.

Dia juga sedang merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana.

Mungkin satu perkara biasa membayangkan tugas seorang jururawat di hospital-hospital dan klinik, sebagai individu yang bertanggungjawab membantu doktor dan pesakit yang sedang dirawat, dan bagi kita pencapaian mereka hanya setakat itu.

Tidak mahu tanggapan sama atau stereotaip daripada masyarakat terhadap tugasan jururawat, seorang pensyarah Fakulti Perubatan Sains Kejururawatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Rozainah Mat Yusoff membuktikan, tugas jururawat itu tidak terhenti setakat membantu doktor menangani masalah pesakit di hospital atau klinik, malah lebih daripada itu. Ini termasuk menimba pelbagai pengalaman, meletakkan nama di kemuncak kerjaya dan mungkin menjadi seorang sukarelawan yang berbakti kepada insan yang memerlukan.

Menabur khidmat bakti dalam bidang kejururawatan sejak lebih 20 tahun dulu, Rozainah atau lebih mesra dengan panggilan Roza memang tidak lokek dalam menghulurkan khidmat bakti dalam usaha-usaha kebajikan.

Biarpun ketika menyertai bidang ini satu ketika dahulu bukan satu kerjaya yang diminatinya, namun bak kata orang tidak kenal maka tidak cinta, setelah menceburinya, baharu dia menyedari keistimewaan bidang kejururawatan yang selama ini tidak pernah diketahui.

Menceritakan sedikit latar belakang pendidikan dan bagaimana dia terlibat dalam bidang kejururawatan, Roza memberitahu dia belajar di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat biasiswa daripada Universiti Sains Malaysia (USM), selepas menerima diploma, anak keenam kembar daripada 10 adik-beradik ini kemudian bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebagai jururawat pembedahan ortopedik.

“Ketika bertugas di HUSM, saya menahan pelbagai kerenah pesakit dan tidak tahan melihat darah. Mesti pembaca merasakan ia satu gurauan kerana bertugas sebagai jururawat tetapi terasa pitam apabila melihat darah, namun lama-kelamaman saya dapat mengatasi masalah itu.

“Bertugas sebagai jururawat di bilik pembedahan mendedahkan saya kepada pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran dalam hal-hal pembedahan,” kata wanita yang sangat peramah dan fasih berbahasa Inggeris ini.

Roza kemudian dilamar oleh Institut Jantung Negara (IJN) dan bekerja di institut itu pada tahun 2000. Dia bersyukur kerana IJN sanggup menunggu untuk mendapatkan khidmatnya selama beberapa bulan kerana pada masa itu dia masih berpantang selepas melahirkan anaknya yang pertama.

Biarpun sudah bertapak kukuh di IJN dan mendapat perhatian doktor kerana kecekapan kerja-kerjanya, namun hati Roza masih tidak puas untuk mencabar diri bagi mendapatkan lebih pengetahuan dan pengalaman dan enggan diiktiraf hanya di takuk itu. Dia akhirnya mendapat biasiswa Petronas untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan menerima Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama dua tahun.

Selepas itu, wanita cekal ini kemudian ditugaskan sebagai Jururawat Klinikal di sebuah hospital swasta terkenal di ibu kota selama dua tahun.

Menyedari ilmu dan pengalaman yang didapati 
masih tidak mencukupi, wanita ini kemudian mengorak langkah menjadi tenaga pengajar di sebuah kolej swasta selama setahun bagi mendapatkan pengalaman sebagai pensyarah dan untuk meningkatkan kemahiran diri.

Seterusnya Roza mendapat tajaan biasiswa Mara pada tahun 2008 dengan melanjutkan pengajian sarjana muda ke Universiti Malaya (UM) kemudian lulus untuk menerima Sarjana Muda Sains Kejururawatan pengkhususan dalam pembedahan jantung sebelum ke Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), bertugas sebagai tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi berkenaan selama setahun.

Pada tahun 2013, Roza kemudian menyertai Universiti Putra Malaysia sebagai Pensyarah Kejururawatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan bakal melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana.

Sokongan keluarga dan UPM 

Sebagai isteri, Roza memang amat beruntung kerana mendapat sokongan dan galakan daripada suaminya, Rushdi Hasam Mudi.

Mempunyai empat orang cahaya mata, wanita ini sentiasa melakukan yang terbaik demi contoh kepada anak-anak dan keluarga.

“Waima apa yang saya hendak lakukan, semuanya perlu saya dapatkan keizinan daripada suami dan sepanjang perkahwinan kami, dia sentiasa memberikan galakan dan semangat. Kepada dia, saya curahkan masalah dan dia setia menjadi pendengar,” katanya.

Roza juga bersyukur kerana mendapat sokongan yang baik daripada pihak fakulti dan universiti sendiri. Saya ingin melihat UPM sebagai universiti contoh dalam bidang kejururawatan.

“Paling penting saya ingin melihat UPM menjadi universiti terbaik dalam bidang sukarelawan. justeru, saya akan memberi pembedahan awal kepada penuntut mengenai misi kemanusiaan dan keprihatinan kepada masyarakat.

“Persatuan Jururawat Sukarelawan Malaysia juga akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain agar mereka menjadikannya sebagai satu saluran untuk mereka membina keyakinan diri dengan berkongsi ilmu dan kemahiran serta mengasah bakat yang mereka ada,” katanya.

Persatuan jururawat sukarela

Pengalaman yang lama dalam bidang kejururawatan menjadikan Rozainah Mat Yusoff bercita-cita tinggi untuk meningkatkan imej profesion jururawat pada pandangan masyarakat.

Bergelumang dalam bidang kebajikan menyebabkan dia tidak jemu untuk cuba menabur bakti kepada orang yang memerlukan, lantaran menyedari khidmat jururawat amat diperlukan dan mendapat permintaan tinggi masyarakat.

Wanita ini memulakan penglibatannya dalam bidang sukarelawan ketika melibatkan diri dengan pertubuhan St. John Ambulans Malaysia ketika berada di Universiti Malaya (UM).

Kini telah tujuh tahun dia menjadi sukarelawan bersama pertubuhan tersebut.

Atas semangat ingin menyebarkan kerja-kerja kebajikan, pada Jun lalu wanita ini telah menubuhkan buat julung kalinya Persatuan Jururawat Sukarelawan Malaysia, yang dianggotai sepenuhnya oleh mereka yang bergelar jururawat dan berperanan penting menyelamatkan nyawa pesakit.

“Mungkin ramai yang berminat menjadi sukarelawan dan menyumbang bakti bakat serta kemahiran mereka, tetapi tidak tahu caranya atau tidak mengetahui saluran dan maklumat yang tepat bagi mengembang bakat dan kemahiran. Jadi, penubuhan persatuan ini diyakini dapat membantu ahli-ahli dan bakal ahli untuk usaha-usaha kebajikan.

“Sebagai tenaga pengajar bagi ahli-ahli St. John Ambulans Malaysia, saya rasa pengetahuan mengenai rawatan asas jika berhadapan dengan kemalangan atau kecemasan sepatutnya diketahui semua orang,” katanya yang bermula sebagai Pegawai Turus Wilayah Persekutuan dalam pertubuhan tersebut.

Menerusi pertubuhan itu dia berharap, jururawat yang berpengalaman dan mahir memberi bantuan kecemasan dapat berkongsi pengetahuan dengan masyarakat sekeliling.

“Harapan saya kepada semua jururawat agar mereka dapat menjadikan persatuan ini sebagai satu saluran untuk membina keyakinan diri dengan berkongsi ilmu dan kemahiran serta mengasah bakat yang mereka ada,” katanya yang dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Perawatan Wilayah dan Wilayah Persekutuan dalam St John Ambulans Malaysia atas jasa terpuji dan semangat dedikasi yang ditunjukkannya.