Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Raih anugerah tesis terbaik

Tiga pelajar Uniten, Mohd. Nazmi Ahmad (kanan), Andy Ngiew Qi
Tiga pelajar Uniten, Mohd. Nazmi Ahmad (kanan), Andy Ngiew Qi Ying (kiri) dan Dr. Nor Azlina Alias yang berjaya memenangi anugerah tesis terbaik dalam bidang sumber air dan hidroligi sempena majlis perasmian Hari Air Sedunia 2017 di Dataran Sri Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Projek penyelidikan tiga pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) telah berjaya memenangi anugerah tesis terbaik dalam bidang sumber air dan hidroligi sempena majlis perasmian Hari Air Sedunia 2017 di Dataran Sri Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Kejuruteraan, Mohd. Nazmi Ahmad yang memenangi Anugerah Emas; pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil, Andy Ngiew Qi Ying; dan pelajar Doktor Falsasah Uniten, Dr. Nor Azlina Alias yang masing-masing menerima Anugerah Gangsa.

Ketiga-tiga pemenang itu merupakan pelajar bimbingan Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Uniten, Datin Prof. Ir. Dr. Lariyah Mohd Sidek.

Sementara itu, Mohd. Nazmi berkata, beliau tidak menjangka menjadi salah seorang peserta untuk Anugerah Tesis Terbaik yang mewakili Uniten dan akhirnya memenangi anugerah emas di peringkat kebangsaan.

“Kemenangan ini meningkatkan semangat dan melonjakkan keyakinan diri saya untuk meneruskan pengajian ke peringat lebih tinggi dan seterusnya menjadi ilmuwan dan penyelidik yang berjaya,”katanya.

Tesis Mohd. Nazmi yang bertajuk Empirical Rainfall Model Based on Urban Heat Island Related Parameters: Case Study - Sg. Penchala, Malaysia itu hasil penyelidikan model emperikal yang digunakan untuk meramal jumlah taburan hujan yang disebabkan oleh pencemaran udara di kawasan bandar.

Bagi Andy pula, beliau amat gembira dan bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh Dr. Lariyah Mohd Sidek terhadap tesisnya sehingga diiktiraf pada peringkat kebangsaan.

“Tesis yang dijalankan di salah sebuah sungai di Kelantan itu tentang metodologi meramal kekuatan aliran air menggunakan model tangki dan seterusnya memberikan amaran awal kepada penduduk sekeliling sungai itu akhirnya diangkat sebagai pemenang.

“Dengan kemenangan tesis ini membuktikan usaha yang dilakukan selama ini dihargai.”katanya.

Manakala bagi Dr. Nor Azlina pula, tesis yang bertajuk An Integrated Numerical Hydrodynamic Shallow Flow Model for Urban Areas itu merupakan model emperikal yang juga merupakan sebuah model satu dimensi yang kini diadaptasi dalam sistem alam sekitar negara.

“Dewasa ini terdapat lambakan model komersial di pasaran tetapi hampir kesemuanya dihasilkan oleh pakar dari negara luar. Jurutera tempatan terpaksa menggunakan model yang dihasilkan di luar negara lantaran kekurangan model yang dihasilkan oleh pakar tempatan,” katanya.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar yang menuntut di universiti tempatan dengan menawarkan tiga kategori iaitu Doktor Falsafah PhD, Sarjana dan Sarjana Muda.

Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun dan merupakan acara tahunan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 1993.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain