Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Raih anugerah tertinggi

NUR ALYA LIYANA MOHD. NASARUDIN (kiri) dan Nur Aizat Muhamad Mohmiddin
NUR ALYA LIYANA MOHD. NASARUDIN (kiri) dan Nur Aizat Muhamad Mohmiddin menunjukkan diploma masing-masing selepas Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 5 Sept. – Dua gra­duan wanita yang juga ‘rakan rumah sewa’ dinobatkan sebagai penerima anugerah tertinggi Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) Ke-19 di Dewan Besar, Kompleks Islam Lundang di sini baru-baru ini.

Kedua-duanya, Nur Alya Liyana Mohd. Nasarudin, 21, dan Nur Aizat Muhamad Mohmiddin, 22, masing-masing mene­rima Anugerah Muhammad Al Fatih dan Anugerah Ibn Khaldun di atas kecemerlangan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum termasuk keunggulan keperibadian.

Mereka menerima sijil penghargaan dan hadiah biasiswa me­lanjutkan pengajian ke pe­ringkat Ijazah Sarjana Muda yang telah disampaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Nur Alya Liyana dan Nur Aizat merupakan graduan Diploma Syariah berjaya menamatkan pe­ngajian dengan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 3.92 di sebalik kesibukan memegang 19 jawatan dan amanah dalam kampus.

“Saya membuat jadual menelaah pelajaran bagi memastikan saya tidak leka dengan tugasan lain, syukurlah saya tidak pernah mendapat PNG kurang daripada 3.88 setiap semester.

“Kejayaan ini saya tujukan kepada ibu bapa saya, Mohd. Nasaruddin Mohd. Yusuf, 52, dan Norasiah Ismail, 51, yang banyak memberi dorongan dan nasihat.

“Aktif dalam persatuan memberi faedah yang besar kerana ia mendidik saya lebih berdisiplin selain meningkatkan kemahiran berkomunikasi,” kata Nur Alya Liyana kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Nur Aliya Liyana yang berasal dari Pengkalan Chepa di sini me­rupakan anak ketiga dari lapan beradik bercita-cita menjadi seorang pensyarah undang-undang Islam.

Nur Aizat pula berkata, ke­kagumannya kepada pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abdul Rahman mendorongnya untuk melanjutkan pengajian diploma dalam bidang itu.

Hasilnya, gadis yang berasal dari Ayer Lanas, Jeli ini berjaya memperoleh HPNG 3.88 sekali­gus layak bergelar penerima Anugerah Ibn Khaldun.

“Saya sebenarnya sudah se­­ke­rat jalan belajar untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tetapi tawaran untuk masuk ke Kias sangat teruja,” katanya.

“Saya sekarang sedang menunggu peluang untuk menyambung pengajian di universiti awam,” katanya.

Pada majlis konvokesyen itu, seramai 270 graduan lelaki dan wanita menerima diploma masing-masing.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain