Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PVNK tawar kursus videografi percuma

PENSYARAH dan penuntut Kolej Komuniti Peringkat Zon Utara yang
PENSYARAH dan penuntut Kolej Komuniti Peringkat Zon Utara yang menyertai Kursus Videografi Youtube di Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 16 Mei – Persa­tuan Videografi Negeri Kedah (PVNK) menawarkan kursus per­cuma mengenai videografi kepada institusi pengajian tinggi di seluruh negeri sebagai salah satu usaha menggilap kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa.

Pengerusinya, Samsudin Awang berkata, penuntut universiti pada hari ini bakal memasuki pasaran pekerjaan dalam persekitaran sijil akademik semata-mata tidak menjamin penilaian mutlak majikan, tetapi perlu disulami dengan kemahiran insaniah.

Katanya, dalam hal ini, PVNK percaya videografi diperlukan hampir dalam setiap industri kerana perkembangan teknologi komunikasi khususnya internet dan telefon pintar yang menyalurkan maklumat dengan lebih pantas, ringkas, tepat serta mudah difahami.

“Berdasarkan statistik syarikat telekomunikasi di Malaysia dan enjin carian Google, lebih 80 peratus trafik di internet dan tele­fon pintar adalah membabitkan transaksi video.

“Perkara ini jelas menunjukkan potensi besar kemahiran videografi pada masa depan kerana komunikasi video sudah mula mengambil alih komunikasi suara, teks dan imej foto seperti sebelum ini,” katanya selepas mengadakan Kursus Videografi Youtube kepada 150 pensyarah serta penuntut Kolej Komuniti Peringkat Zon Utara di Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP), di sini baru-baru ini.

Sebagai rekod, KKSP merupakan institusi pengajian tinggi ketujuh terlibat dalam siri jelajah kursus berkenaan.

Dalam pada itu, Pensyarah KKSP, Reezlin Rahman berkata, pihaknya amat menghargai usaha sukarela PVNK berkongsi ilmu videografi itu kerana mahu bakal graduan membina hubungan baik dengan sektor industri selain pada masa sama tidak tercicir dengan perkembangan arus media baharu.

“Pihak kolej sentiasa menekankan aspek keusahawanan kepada setiap pelajar supaya mereka mampu berdikari dalam industri masing-masing selepas menamatkan pengajian.

“Kursus percuma anjuran PVNK ini amat bermanfaat kera­na usahawan boleh mengguna pa­­kai vi­deo sebagai pendekatan peng­iklanan paling berkesan dan murah dalam mempromosikan per­niagaan mereka,” katanya

O­rang ramai yang berminat dengan kur­sus PVNK atau ingin menjadi sukarelawan, boleh menghubungi 013-4127289 atau 0113-5464600.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain