Pengarah AEC, Profesor Mad­ya Dr. Abdul Adam Abdullah berkata, pertandingan itu diadakan untuk melahirkan penyelidik muda dari peringkat sekolah hingga universiti dalam menyalurkan idea kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk berteraskan penjimatan serta mesra alam.

“Penganjuran kali kedua ini untuk terus menyokong misi UMP dalam menyediakan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang tinggi kua­litinya dalam bidang kejuruteraan serta teknologi.

“Dalam masa yang sama, untuk membudayakan kreati­viti dan inovasi. Penganjuran ini merupakan platform terbaik untuk para penyelidik menghasilkan inovasi dan ciptaan berdaya saing pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Sementara itu, pertandi­ngan turut menyaksikan anugerah terbaik dimenangi pelajar Universiti Malaya (UM), Daniel Low June Weng dari Fakulti Kejuruteraan Bio Perubatan menerusi penyelidikan bertajuk 'Scolios2' dengan mencipta satu alat untuk mengukur perbezaan bahu untuk mengesan penya­kit kecacatan tulang belakang dikenali sebagai Scoliosis.

Daniel turut meraih tempat pertama bagi kategori universiti membawa pulang sijil, medal dan wang tunai RM800.

Manakala tempat kedua pula, dimenangi oleh Idris Mat Sahat dari UMP menerusi projek '3D copier Machine' dengan membawa pulang wang tunai RM600.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh pelajar Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) menerusi penyelidikan `Intelligent Al-Quran Flipper' (i-QF) dengan membawa pulang RM400.

Bagi kategori kolej dan politeknik pula tempat pertama dimenangi oleh Pahang Skill Kuantan menerusi penyelidikan bertajuk 'Earth Conductor Safety & Security Realy' (X-SSAR).

Kolej Polytech Mara Kuantan pula meraih tempat kedua de­ngan penyelidikan mereka yang bertajuk LGP 'Gas Leak Detector System Using Arduino GSM Module' dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Kolej Vokasio­nal Kuantan dengan penyelidikan bertajuk 'Solution Of Composite Funtion'.