Pemilihan itu juga perlu berlandaskan kekuatan diri khususnya pencapaian akademik, kemahiran, minat dan personaliti pelajar itu sendiri. Tentunya, ramai akan lebih memilih kursus yang menawarkan peluang kerjaya lebih luas, selain memilih institut pengajian tinggi (IPT) terbaik untuk menyambung pengajian mereka.

Management and Science University (MSU) adalah antara IPT yang menyediakan akses pendidikan terbaik kepada pelajar lepasan SPM bagi menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan mengikuti program prauniversiti di MSU.

Salah satu daripada bidang pengajian yang ditawarkan di MSU ialah Asasi Sains Biologi dan Sains Kesihatan iaitu satu program prauniversiti yang menjadi persediaan awal bagi lepasan SPM untuk mengikuti bidang pengajian lebih khusus di peringkat ijazah sarjana muda dan seterusnya membina kerjaya dalam bidang perubatan, farmasi atau sains kesihatan.

Program yang diajar dalam jangka masa setahun meliputi tiga semester pengajian itu adalah pilihan terbaik memandang­kan pelajar dijamin mendapat tempat secara automatik di pe­ringkat ijazah sarjana muda.

Sebaik menamatkan pengajian dalam bidang tersebut, pelajar berpeluang mengikuti program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) di MSU yang ditawarkan melalui International Medical School (IMS) sama ada di kampus induknya di Shah Alam atau kampus pesisir antarabangsa di Bangalore, India.

Untuk pilihan lain, para pelajar juga boleh mengikuti program peringkat ijazah sarjana muda yang ditawarkan melalui Fakulti Sains Hayat dan Kesihatan di MSU dengan pengkhususan dalam bidang seperti Teknolo­gi Kardiovaskular, Pengurusan Sa­ins Kesihatan, Sains Bioper­ubatan, Teknologi Perkhidmatan Makanan, Bioinformatik, Sains Perubatan. Optometri, Farmasi, Nutrisi dan Sains Forensik.

Selain program Asasi Sains Bio­logi dan Sains Kesihatan, MSU turut menawarkan program pengajian prauniversiti dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Perniagaan, Undang-undang, Teknologi Maklumat, Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua - TESL) serta Seni Visual.

MSU memberi keutamaan ke­­pada pendidikan berkualiti dan penggunaan kaedah pembelajaran dan pengajaran alaf ke-21 dalam usahanya untuk melahirkan gra­duan yang kompeten dan versatil. Malah, program pengajian yang ditawarkan turut menjamin perkembangan kemahiran insa­niah melalui pengalaman pem­belajaran menyeluruh.

Pelajar-pelajar MSU juga berpeluang mendapat pendedahan antarabangsa melalui Global Mobility Programme (GMP) di mana mereka boleh memilih untuk mengikuti pengajian di lebih 40 rakan universiti MSU seluruh dunia termasuk di United Kingdom, Ireland, Australia, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Turki, Thailand, India dan Indonesia.

Selain mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), program pengajian ditawarkan di MSU turut mendapat pengiktirafan daripada pelbagai badan bebas di Malaysia dan antarabangsa.

Pengiktirafan itu termasuk sebagai universiti ke-217 terbaik di Asia oleh Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2018 dan disenarai sebagai antara 1.8 peratus universiti terbaik di Asia serta penarafan lima bintang dalam QS Stars University Ratings 2016 bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif. Pengiktirafan lain adalah dari Malaysian Medical Council (MMC), Sri Lanka Medical Council (SLMC) serta Maldives Medical and Dental Council (MMDC).