Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Program CSR UMK bersama 
Orang Asli Sungai Rual

SEBAHAGIAN daripada sukarelawan UMK yang berkampung sambil menjalankan
SEBAHAGIAN daripada sukarelawan UMK yang berkampung sambil menjalankan penyelidikan di Kampung Sungai Rual dan kawasan sekitarnya di Jeli, Kelantan, baru-baru ini.

JELI 11 April – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengadakan program bersama penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Rual dan kawasan sekitarnya di sini baru-baru ini.

Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed berkata, program tersebut adalah sebahagian daripada ini­siatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) universiti tersebut dalam mendekatkan diri dengan masyarakat Orang Asli.

Menurutnya, program yang julung kali diadakan itu mendapat kerjasama daripada Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPEK), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan pelbagai lagi agensi lain.

“Manfaat yang kita harapkan daripada program ini ialah pe­nempatan masyarakat Orang Asli yang dibuka sekitar tahun 1972 dengan keluasan 659 hektar ini sentiasa membangun dan semua penduduk mendapat manfaat daripada pembangunan tersebut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambah Mortaza, pihak­nya juga memulakan kajian di perkampungan Orang Asli tersebut bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk.

“Sepanjang melaksanakan kajian, kita juga mengenal pasti potensi yang ada untuk dite­rokai seperti alam semulajadi yang boleh diformulasikan untuk dibangunkan seperti pelaksa­naan program pertanian dan penternakan.

“Malah kekayaan sumber air semulajadi juga dilihat bersesuaian untuk projek ternakan ikan air tawar,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain