Menurut Timbalan Naib Canselornya, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd. Awal, UKM tahun ini mempertandingkan 39 kerusi dan daripada jumlah itu, tujuh kerusi umum dibuka kepada pelajar tahun satu dan dua manakala lima lagi untuk pelajar tahun tiga dan empat.

“Oleh itu, selebihnya kerusi yang dipertandingkan adalah kerusi fakulti dan diharap proses ini mampu memberi manfaat kepada lebih 12,000 pelajar UKM yang menuntut di sini,” katanya di sini, hari ini.

Katanya lagi, penamaan calon tahun ini agak berbeza berbanding tahun lepas kerana sebelum ini, UKM menerima 26 kerusi yang dimenangi tanpa bertanding. - UTUSAN ONLINE