Beliau merupakan antara 596 penerima PhD dalam Majlis Konvokesyen UKM Ke-45 yang berlangsung empat hari bermula hari ini.

Abdul Aziz berkata, pemerhatian beliau terhadap nilai patriotisme yang semakin terhakis dalam kalangan anak muda mendorong beliau untuk melakukan kajian sekali gus mendapatkan PhD.

“Jati diri anak muda kita terhadap rasa cintakan negara serta pegangan kepada rukun negara kini semakin longgar dan tidak lagi seperti masa dahulu. Dengan kajian yang saya buat untuk PhD ini, terbukti pemerhatian saya itu memang terbukti.

“Saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan institut khas rukun negara bagi memastikan anak-anak muda termasuk di bangku sekolah akan memahami dan menyelami maksud sebenar rukun tersebut dalam meningkatkan sifat patriotisme kepada negara,” katanya selepas Majlis Konvokesyen UKM Ke-45, dekat sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, de­ngan anugerah PhD tersebut, beliau akan terus memberi komitmen kepada rakyat serta melibatkan diri secara aktif untuk membentuk negara bangsa dan anak muda yang mempunyai semangat cintakan negara.

“Meskipun sudah lanjut usia, ilmu yang saya ada tidak akan terhenti di sini dan saya juga bersedia menjadi salah satu tenaga pengajar jika institut rukun negara yang saya cadangkan ditubuhkan.

“Bukan itu sahaja, kini saya menggunakan platform saya dalam Parlimen Mahasiswa untuk melahirkan ge­nerasi baharu yang lebih kuat jati dirinya sebagai warganegara Malaysia,” katanya.