Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Potensi cerah graduan MSU College

Permintaan tinggi tenaga kerja bidang kejuruteraan elektrik, elektronik

PELAJAR jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik mempunyai 2
PELAJAR jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik mempunyai peluang kerjaya yang luas tidak kira di dalam mahupun luar negara.

UNTUK maklumat lanjut berhubung program pengajian ditawarkan di MSU College, sila hubungi 03-5513 6688 atau layari www.msucollege.edu.my.

INDUSTRI berkaitan elektrik dan elektronik kekal menjadi pemacu utama dalam perkembangan ekonomi Malaysia de­ngan sumbangan signifikan dari segi jumlah pengeluaran dari sek­tor pembuatan, pelaburan dan eksport negara serta tidak ketinggalan mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

Responsif terhadap permin­taan tinggi tenaga kerja dalam bidang itu, MSU College menawarkan program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik melalui School of Science and Technology (SST) bagi mereka yang berminat menceburi bidang profesional tersebut.

Bidang itu memerlukan kemahiran secara langsung dengan bidang kajian dan aplikasi elektrik, elektronik serta elektromagnetisme. Oleh itu, sepanjang pe­ngajian, pelajar akan didedahkan mengenai konsep dan aplikasi kuasa penjanaan, penghantaran dan pengagihan kejuruteraan, pe­nekanan terhadap penggunaan dan kawalan tenaga elektrik serta teknologi.

Program tersebut turut menyediakan asas kukuh dalam aspek teori dan latihan praktikal yang membolehkan pelajar memahami asas kejuruteraan elektrik dan elektronik. Terdapat juga subjek lain yang diajar bagi menyokong kemahiran pelajar termasuklah pengurusan perniagaan, teknologi maklumat dan komunikasi.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan kelulusan minumum tiga kredit termasuk subjek Bahasa Mela­yu, Matematik dan Sains layak mengikuti program selama dua setengah tahun itu.

Tamat pengajian, graduan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) menerusi Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan (FISE) di mana pelajar boleh membuat pindahan kredit ke tahun dua pengajian.

Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan program tersebut adalah sebagai juruteknik elektrik dan elektronik, jurutera proses pembu­atan, penasihat perkhidmatan kejurutera­an elektrik, pembantu teknik, penyelia kejuruteraan elek­trik, elektronik dan penolong jurutera.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain