MOHD. RIZAL MOHD. JAAFAR
MOHD. RIZAL MOHD. JAAFAR

Pengerusi Lembaga Exco Wi­dad Education, Datuk Mohd. Rizal Mohd. Jaafar berkata, memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak yang telah di­buat merupakan satu lagi inisia­tif terbaharu bagi mengukuhkan kedudukan cabang perniagaan pendidikan Widad Education me­lalui WUC dan Widad College sebagai institusi pengajian tinggi swasta yang menjadi pilihan.

“Dengan menggunakan prin­­sip pembelajaran kognitif ma­nusia, teknologi yang tersedia mampu menumpukan keutamaan se­­ti­ap pengguna untuk memotivasi­kan dan memperkayakan pe­­­­­­nga­­­laman pembelajaran ma­sing-masing.

“Ia selari dengan perubahan ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang menyaksikan Internet of Things (IoT) menjadi tonggak dalam hampir semua
aspek kehidupan seharian bagi me­ningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis menandatangani MoU antara kedua-dua belah pihak turut dihadiri oleh Pengasas OBS, Syed Shahzad; Ketua Pegawai Operasi Widad Education, Faroq Ibrahim serta Pemangku Naib Canselor Widad University College, Dr. Bahari Mohamed.

Tambah Mohd. Rizal, matlamat usahasama itu antara lain adalah bagi menetapkan dasar kerjasama dengan tujuan untuk meneroka potensi baharu bidang pendidikan, latihan, penyelidikan dan meningkatkan hubu­ngan institusi dan perkhidmatan lain.

“Antara kerjasama yang bakal terjalin termasuklah menjalankan program akademik dan eksekutif digital secara bersama, memudah­kan pertukaran ahli akademik, pe­nyelidik dan pakar untuk menjalankan penyelidikan.

“Selain itu, kita juga akan bekerjasama untuk pengajaran atau pertukaran idea terbaharu serta pemindahan teknologi serta kepakaran dalam teknologi pendidikan untuk faedah bersama,” katanya.