Graduan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian) (Proses Kimia Industri) ini mengakui, pada mulanya dia menghadapi pelbagai kesukaran termasuk untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan dan pembelajaran di universiti yang terletak jauh di utara ini.

“Saya bersyukur kerana lama-kelamaan saya mulai serasi serta bertekad untuk berusaha menjadi pelajar terbaik dan akhirnya hari ini menjadi kenyataan,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur berusia 23 tahun ini.

Nur Annashuha yang kini bertugas sebagai Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Top Glove Meru, Klang, merupakan salah seorang daripada 3,180 pelajar yang menerima ijazah dan diploma masing-masing sempena Istiadat Konvokesyen Unimap Ke-12, di sini hari ini.

Turut menerima anugerah sa­ma, Cheng Beng Tatt yang me­rupakan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rangkaian Komputer).

Anugerah tersebut memboleh­kan mereka menerima Pingat Jaya Cemerlang, cek bernilai RM5,000, sijil penghargaan Majlis Raja-Raja, Pingat Kecemerla­ngan Emas dan sijil penghargaan Unimap.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan Canselor dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro-Canselor Unimap berkenaan berangkat untuk menyempurnakan istiadat yang dilangsungkan dalam enam sidang sehingga 30 Oktober ini.

Sementara itu, Mohammad Aliff Syazuan Kamarudin, 24, juga tidak menjangka diumumkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Canselor yang diberikan khusus kepada pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

“Semua yang berlaku adalah atas doa ibu yang selama ini membesar dan memberikan kekuatan kepada saya sehingga meraih anugerah ini,” kata anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini.

Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejurute­raan Sistem Elektrik) yang bercadang berhijrah ke Kuala Lumpur ini sedang membuat pemilihan beberapa tawaran kerja yang di­terimanya.

Bagi graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Sistem Elektrik), Chung Chiaw Huey, usaha dan pengorbanan yang dilakukan selama ini disifatkan berbaloi dengan anugerah yang diterima.

Kedua-duanya menerima pi­ngat emas, Pingat Kecemerla­ngan Emas, cek bernilai RM4,000 dan sijil penghargaan.

Penerima anugerah lain ialah Muhamad Ridzuan Mohd. Raki dan Hum Boon Chi (Anugerah Pingat Emas Naib Canselor Pelajar Tempatan - Sarjana Muda), Nurfatin Nabila Norasri dan Gabriel Tan Hong Tzuan (Anugerah Pingat Emas Naib Canselor Pelajar Tempatan - Diploma) dan Hamse Abdillah Omer (Anugerah Pingat Emas Naib Canselor Pelajar Antarabangsa).