Projek kerjasama penghasilan mural di sekitar bandar Taiping itu merupakan inisiatif Unit Warisan Jabatan Perancangan dan Pembangunan Bandar Majlis Perbandaran Taiping, Perak bertujuan sebagai penjenamaan semula dan pemuliharaan bandar Taiping sebagai Bandar Warisan.

Pensyarah Seni Halus PPS USM, Dr. Khizal Saat berkata, penghasilan mural itu merupakan salah satu strategi Pembangunan Bandar Warisan yang menggunakan elemen visual sebagai satu komponen untuk memberi impak kepada pembangunan warisan, khususnya wari­san tidak ketara.

“Dengan penyertaan seramai 18 pelajar jurusan Seni Halus serta dua pensyarah pengiring dan dua kakitangan pembantu, sebanyak tiga buah lukisan mural berjaya disiapkan.

“Mu­ral tersebut berjaya di­siapkan dalam masa dua hari,” tambahnya.

Jelasnya, kerjasama itu juga secara tidak langsung membuka ruang kepada pihak USM dan kerajaan negeri Perak memanfaatkan tenaga mahir dalam kalangan pelajar bidang Seni Halus.

Dalam masa sama, ia turut menggalakkan para pelajar menyumbang kemahiran dan ilmu mereka dalam membangunkan masyarakat setempat.