Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penuntut USM dekati kanak-kanak autism

PULAU PINANG 28 Feb. – Seramai 12 penuntut daripada Kelab Kerja Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif mendekati dan memahami dunia kanak-kanak autism di Pertubuhan Autism Kebangsaan Malaysia (NASOM) di Butterworth di sini baru-baru ini.

Program membabitkan seramai 17 kanak-kanak autism di pusat itu bertujuan memberikan kesedaran kepada setiap peserta program tersebut untuk lebih memahami golongan kanak-kanak berkenaan di samping menangkis tanggapan negatif terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini.

Program itu turut disertai dua pensyarah Kerja Sosial, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM iaitu Dr. Mohd Taufik Mohammad dan Dr. Nur Atikah Mohamed Hussin.

Menurut Pengarah Projeknya, Ain Fariha Ismail, program tersebut juga bertujuan menghapuskan jurang dan sempadan komunikasi antara kanak-kanak autism dengan penuntut USM sekali gus mewujudkan keakraban antara mereka.

“Menerusi program sebegini, penuntut USM dapat memahami dengan lebih dekat dunia kanak-kanak autism ini sekali gus memberi mereka pengalaman untuk berdepan dan berinteraksi dengan golongan ini dalam kehidupan sebenar,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut.

Sementara itu, Yang Dipertua Kelab Kerja Sosial USM, Syahirah Bastari pula berkata, program tersebut berupaya memberi pendedahan awal kepada penuntut kerja sosial.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain