Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengurus UMP perlu miliki pengetahuan

Daing Nasir Ibrahim (empat dari kanan) bersama pegawai universiti
Daing Nasir Ibrahim (empat dari kanan) bersama pegawai universiti yang menyertai program UMP Managers Retreat Take Charge anjuran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di Resorts World Kijal, Terengganu baru-baru ini.

KUANTAN 21 Feb. – Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjenamakan semula penggunaan nama 'pentadbir' kepada 'pengurus' selaras dengan usaha untuk me­lonjakkan pencapaian tahap daya saing barisan pegawainya dan merealisasikan hasrat UMP menjadi universiti teknologi terunggul.

Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid ketika mengumumkan perkara itu dalam satu program melibatkan pegawai universiti itu di Resorts World Kijal, Terengganu baru-baru ini berkata, penjenamaan semula berkenaan melibatkan pegawai dari gred N41 hingga N54.

Katanya, program anjuran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UMP itu antara lain bertujuan me­ngukuhkan pengurusan kerja berpasukan dan hubungan komunikasi berkesan antara pengurus bagi mewujudkan suasana harmoni dalam organisasi.

“Selain itu, peserta dapat me­ngadakan perbincangan dalam menilai semula prestasi pencapaian Pelan Strategik UMP 2011-2015,” katanya pada majlis tersebut yang dirasmikan oleh Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Pada majlis tersebut, turut berlangsung forum bertajuk 'Realiti Pentadbir Masa Kini: Pemikiran Global' yang menggandingkan bekas Pendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Zahrah Mokhtar dan Pendaftar Universiti Perdana, Norpisah Mat Isa bersama Abdul Shukur Ishak sebagai pengantara.

Menurut Abd. Hamid, mereka yang berjawatan pengurus di UMP perlu mempunyai pemikiran dan tindakan yang strategik serta global bagi memartabatkan UMP sebagai universiti teknologi bertaraf dunia.

Beliau berharap para peserta dapat mencari kesepakatan dalam merangka strategi bersama bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh universiti berke­naan dalam program tersebut.

“Menjadi satu kemestian semua pengurus UMP memperkukuh dan memikirkan semula peningkatan pengetahuan, kemahiran, kebolehsesuaian dan daya tahan diri supaya menjadi pekerja yang sentiasa peka de­ngan keperluan serta perkemba­ngan UMP amnya,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain