Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengalaman berharga di New Zealand

Prof. Madya Dr. Irmawati Ramli (kanan) menyampaikan penghargaan 2
Prof. Madya Dr. Irmawati Ramli (kanan) menyampaikan penghargaan kepada Dekan Sekolah Sains Kimia, The University of Auckland, Prof. Gordon Miskelley.

KERJASAMA antara universiti tempatan dan antarabangsa khususnya dalam memberi pendedahan terhadap sains dan teknologi adalah satu inisiatif penting yang memberi impak tinggi terhadap pembangunan bidang tersebut di negara ini.

Menyedari hakikat tersebut, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif bekerjasama dengan The University of Auckland (UoA), New Zealand menerusi penganjuran Science and Technology Application Research (Star) baru-baru ini.

Seramai 12 pelajar yang kesemuanya penuntut ijazah Sarjana Muda Kimia dari Fakulti Sains UPM diterbangkan ke New Zealand bagi mengikuti program yang kali pertama dianjurkan itu.

Pegawai pengiring, Prof. Madya Dr. Irmawati Ramli dalam kenyataan kepada S2 berkata, persediaan dan pengisian program itu telah dirancang dan disusun pelajar terlibat.

“Pihak Sekolah Sains Kimia di universiti itu memberi kerjasama baik dalam pelaksanaan aktiviti. Ini adalah kali pertama program mobiliti seumpama itu dianjurkan di negara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Program, Mohamad Najib Ab. Aziz berharap pelajar yang mengikuti program itu dapat mempelajari sesuatu yang baharu untuk mengembangkan daya pemikiran mereka agar lebih kreatif dan inovatif.

“Program Star memberi pengalaman cukup luas tentang pembelajaran kimia kepada peserta. Paling penting, mereka diajar tentang penyelidikan kimia hijau dan berpeluang mengambil bahagian dalam melaksanakan gerak kerja serta eksperimentasi di makmal,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Kelab Mahasiswa Kimia UPM, Rudy Hakim berkata, program berkenaan berjaya mencapai objektif yang antaranya fokus dalam mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua universiti tersebut.

“Pada masa sama, program ini telah menjadikan peserta lebih berdaya saing, kreatif dan inovatif. Bukan itu sahaja, mereka juga didedahkan dengan teknologi lebih maju yang berkaitan dengan bidang tersebut,” jelasnya.

Antara aktiviti yang menjadi pengisian program itu adalah kelas Kimia Tak Organik kelolaan Pensyarah Sekolah Sains Kimia UoA, Prof. Christian Hartinger dan pembentangan penyelidikan oleh Prof. James Wright.

Menerusi program itu, peserta diberi peluang bertukar pandangan bersama pelajar Sekolah Sains Kimia UoA mengenai hasil kajian, lawatan makmal dan demonstrasi peralatan penyelidikan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain