Peluang pekerjaan dalam industri reka bentuk permainan dan animasi dijangka menjadi satu bidang kerjaya yang berkembang pesat dan menunjukkan pertumbuhan yang positif di dalam negara pada masa depan.

Menurut Perbadanan Pemba­ngunan Multimedia (MDEC), industri kandungan kreatif negara sehingga 2016 menjana pendapatan sehingga RM7.6 bilion untuk tempoh empat tahun, sekali gus menyumbang kepada RM1.17 bi­lion jumlah jualan eksport industri.

Petunjuk itu memberi impak jelas pengaruh industri kreatif kepada perkembangan ekonomi negara dan seterusnya menjadi pemangkin perkembangan industri reka bentuk permainan dan animasi tempatan.

Melihat potensi dan peluang bidang ini, Management and Science University (MSU) membuka ruang kepada pelajar yang berminat mengikuti pengajian program berkenaan sekali gus mengisi pelu­ang kerjaya yang terbuka luas dalam pa­saran.

MSU menawarkan program dalam bidang reka bentuk permainan dan animasi di peringkat diploma serta ijazah sarjana muda dengan kelayakan yang telah digariskan institusi melalui Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan (FISE).

Program reka bentuk permainan dan animasi merupakan pengkhususan yang melengkap­kan pelajar dengan asas pengaturcaraan permainan, pengaturcaraan animasi, 3-D modeling dan reka bentuk grafik.

Dalam masa yang sama, ia juga menyediakan asas yang kukuh dalam reka bentuk permainan digi­tal melalui kajian ke atas subjek seperti bercerita, lakaran papan cerita, pembangunan permainan, pemodelan 3D dan animasi, penga­turcaraan permainan dan permainan prototaip permainan.

Antara bidang kerjaya yang menanti graduan selepas menamatkan pengajian dalam bidang reka bentuk perma­inan dan animasi ialah artis, pereka model, animator, pereka dan pengaturcara.

Graduan bidang reka bentuk permainan dan animasi amat diperlukan dalam industri permainan, hiburan dan pendidikan, permainan video, penerbit permainan video, pengeluaran video, pembangunan multimedia, industri hiburan, penyiaran, syarikat-syarikat telekomunikasi multimedia, industri filem dan animasi, pendidikan dan lain-lain.

Menggunakan modul pembe­lajaran terkini di samping soko­ngan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee, pelajar akan dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang selain suasana pembelajaran kondusif memberi bonus kepada para pelajar mengikuti pengajian dalam suasana cukup kondusif.

Selain bidang reka bentuk permainan dan animasi, FISE turut menawarkan program pengajian peringkat diploma dan ijazah dalam bidang pengkhususan se­perti Information and Communication Technology, Graphic Design, Creative Multimedia, Instructional Multimedia, Visual Communication and Marketing, Media Science, Creative Video and Photography yang cukup relevan dengan keperluan semasa industri.