Kerajaan juga menerusi Dasar Industri Kreatif Negara yang dilancarkan pada tahun 2010, telah memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta bagi menyokong industri tersebut.

Salah satu cabang industri kreatif ialah bidang seni reka grafik. Bidang itu merujuk kepada proses kreatif dalam menyampaikan maksud tertentu khusus untuk golongan sasaran dengan menfokuskan terhadap pengunaan komunikasi seni visual yang efektif sebagai medium persembahan.

Penggunaan ilmu seni reka grafik termasuklah dalam penghasilan identiti (logo dan jenama), laman sesawang, penerbitan (filem, majalah, suratkhabar dan buku). Sebagai contoh, produk dalam kombinasi pakej seperti logo, teks, bentuk, warna, susunan dan sebagainya.

Tugas untuk mengkomposisi item-item tersebut kepada bentuk yang ideal dan kreatif adalah tanggungjawab seorang pereka grafik.

Antara bidang pengkhususan kerja yang boleh diceburi oleh graduan seni reka grafik ialah sebagai Pengarah Seni/Kreatif, Artis Reka Bentuk, Brand Identity Design, Pereka Logo, Pereka Flash, Pelukis Ilustrasi, Photo Editing/Photoshop Artist, Pereka Multimedia, Jurufoto, Pereka Laman Web dan sebagainya.

Melihat potensi bidang seni reka grafik itu, Management and Science University (MSU) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program pengajian Seni Reka Grafik di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dengan kelayakan minimum seperti yang digariskan oleh universiti melalui Fakulti Kejuruteraan dan Sains Maklumat (FISE).

Pelajar akan dibimbing menggunakan modul pembelajaran terkini selain didedahkan dengan satu suasana pembelajaran yang kondusif. Malah, mereka juga akan dibantu untuk mencapai keputusan cemerlang dengan bantuan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee.

Selain bidang reka bentuk grafik, FISE juga menawarkan program pengajian peringkat diploma dan ijazah dalam bidang pengkhususan yang berkait rapat dengan industri kreatif seperti Reka Bentuk Permainan dan Animasi, Multimedia Instruksional, Teknologi Mudah Alih dan Tanpa Wayar, Pemasaran dan Reka Bentuk Komunikasi, Multimedia Kreatif, Sains Media dan sebagainya yang relevan dengan keperluan industri.

PERTUMBUHAN industri kreatif di Malaysia menunjukkan perkembangan positif sejajar dengan kemajuan semasa ekonomi negara. Selaras dengan perkembangan itu, nilai industri kreatif negara juga dijangka ber­kembang kepada RM33 bi­lion menjelang 2020.

Kerajaan juga menerusi Dasar Industri Kreatif Negara yang dilancarkan pada 2010, telah memperuntukkan dana berjumlah RM200 juta bagi menyokong industri tersebut.

Salah satu cabang industri kreatif ialah bidang seni reka grafik. Bidang itu merujuk kepada pro­ses kreatif dalam menyampaikan maksud tertentu, khusus untuk golongan sasaran dengan memberi fokus kepada penggunaan komunikasi seni visual yang efektif sebagai medium persembahan.

Penggunaan ilmu seni reka grafik termasuklah dalam penghasilan identiti (logo dan jenama), laman sesawang, penerbitan (filem, majalah, surat khabar dan buku). Sebagai contoh, produk dalam kombinasi pakej seperti logo, teks, bentuk, warna, susunan dan sebagainya.

Tugas untuk mengkomposisi item-item tersebut kepada bentuk yang ideal dan kreatif adalah tanggungjawab seorang pereka grafik.

Antara bidang pengkhususan kerja yang boleh diceburi oleh graduan seni reka grafik ialah sebagai Pengarah Seni/Kreatif, Artis Reka Bentuk, Brand Identity Design, Pereka Logo, Pereka Flash, Pelukis Ilustrasi, Photo Editing/Photoshop Artist, Pereka Multimedia, Jurufoto, Pereka Laman Web dan banyak lagi.

Melihat potensi bidang seni reka grafik itu, Management and Science University (MSU) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program pengajian Seni Reka Grafik di pe­ringkat diploma dan ijazah sarjana muda dengan kelaya­kan minimum seperti yang digariskan oleh universiti melalui Fakulti Kejuruteraan dan Sains Maklumat (FISE).

Pelajar akan dibimbing menggunakan modul pembelajaran terkini selain didedahkan dengan satu suasana pembelajaran yang kondusif. Malah, mereka juga akan dibantu untuk mencapai keputusan cemerlang dengan bantuan pen­syarah berpengalaman melalui program mentor mentee.

Selain bidang reka bentuk gra­fik, FISE juga menawarkan program pengajian peringkat dip­loma dan ijazah dalam bidang pengkhususan yang berkait rapat dengan industri kreatif seperti Reka Bentuk Permainan dan Animasi, Multimedia Instruksional, Teknologi Mudah Alih dan Tanpa Wayar, Pemasaran dan Reka Bentuk Komunikasi, Multimedia Krea­tif dan Sains Media yang relevan dengan ke­perluan industri.

UNTUK mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program reka bentuk grafik dan program-program lain yang ditawarkan di MSU, sila hubungi 03-5521 6868 atau lawati

www.msu.edu.my