Perkembangan itu adalah dise­babkan sumbangan kerjaya ter­sebut didapati setara dengan dok­tor perubatan, sekali gus menjadikannya sebagai kerjaya berprestij d mata masyarakat.

Tambahan pula, Malaysia sememangnya memerlukan lebih ramai ahli farmasi untuk menampung keperluan populasi negara yang semakin bertambah.

Menyentuh tentang farmasi, ramai mungkin tidak mengetahui bahawa perkataan farmasi dikatakan berasal daripada Greek iaitu pharmakov yang bermaksud dadah. Secara amnya, ahli farmasi adalah satu kerjaya berkaitan dengan terapi perubatan merangkumi tiga bidang utama iaitu Farmaseutik, Medicinal Chemistry dan Pharmacognosy serta amalan farmasi.

Peranan ahli farmasi ialah memastikan ubat diberikan kepada pesakit dan orang ramai adalah selamat, berkesan dan berkualiti. Mereka turut berperanan memberi preskripsi dan kaunseling seperti kebaikan serta kesan sampingan ubat kepada pesakit yang dikenali sebagai Medication Therapy Adherence Clinic.

Peluang pekerjaan sebagai ahli farmasi juga tidak hanya terhad di hospital, malah boleh juga berkhid­mat di farmasi komuniti pusat beli-belah, menjadi pensyarah, bekerja di syarikat farmaseutikal, pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan dan sebagai pegawai penyelidik.

Bagaimanapun, seperti kerjaya profesional lain, ahli farmasi juga memerlukan latar pendidikan, kelayakan dan pengiktirafan bertauliah untuk membolehkan seseorang itu menceburi kerjaya tersebut.

Menyedari hakikat itu, ditambah dengan adanya permintaan tinggi dan masa depan cerah kerjaya dalam bidang tersebut, Management and Science University (MSU) iaitu sebuah institusi pengajian tinggi berkaliber yang mendapat pengiktirafan antarabangsa turut menawarkan program itu pada peringkat ijazah sarjana muda dan diploma.

Pelajar yang mengikuti jurusan itu perlu mempunyai kelayakan kukuh dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris kerana jurusan tersebut meliputi cabang seperti perubatan yang melayakkan seseorang itu mendapat sijil profesional untuk berkhidmat.

Syarat itu juga perlu bagi memenuhi kelayakan antarabangsa yang ditetapkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia, manakala me­reka yang berkecimpung da­lam kerjaya tersebut perlu sentiasa mengikuti pelbagai kursus dan pengajian bagi meningkatkan pe­ngalaman.

Dengan kelayakan asas Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi, diploma yang diiktiraf atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar yang berminat boleh mengikuti program terbabit.

Selama tempoh pengajian, pe­lajar akan didedahkan dengan suasana pembelajaran secara amali dan teori bagi membantu mereka mengaplikasi ilmu de­ngan lebih berkesan.

Tambahan pula, MSU menyediakan kemudahan prasarana leng­kap yang membolehkan pelajar belajar dalam suasana kondusif dan berpeluang merasai suasana sebenar dunia kerjaya melalui kerjasama industri.

Selain itu, peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ter­tinggi turut disediakan melalui Global Mobility Programme (GMP) dan MSU memberi pelajar pilihan untuk mengikuti pengajian di lebih 40 buah universiti di seluruh dunia yang juga rakan universiti MSU.

UNTUK maklumat lanjut berkenaan program ditawarkan di MSU, sila hubungi Jabatan Kaunseling dan Komunikasi di talian 
03-5521 6868 atau layari www.msu.edu.my