Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelajar perubatan MSU berbakti di India

SALAH seorang pelajar mengajar anak-anak yatim tentang cara-cara 2
SALAH seorang pelajar mengajar anak-anak yatim tentang cara-cara memberus gigi dengan betul.

RUTIN harian yang padat sebagai mahasiswa tidak menghalang pelajar-pelajar daripada International Medical School (IMS), Management and Science University (MSU), di kampus pesisir antarabangsa, Bangalore, India untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di negara itu.

Baru-baru ini, seramai 64 pelajar perubatan IMS, MSU telah me­ngadakan aktiviti kesukarelawan di rumah anak yatim, Muslim Orphanage Yateem Khanna, Bangalore yang melibatkan 25 penghuni berusia antara lima hingga lapan tahun.

Aktiviti kesukarelawan yang dinamakan Reaching­ Hands: Hope Project 2017, Love Beyond Boundaries 2.0 itu dijalankan dengan kerjasama Biro Kebajikan, International Medical Student Association (IMSA).

Program itu merupakan ke­sinambungan daripada projek sama yang telah dijalankan sejak tahun 2009 iaitu edisi pertama bagi Hope Project. Berikutan kejayaan edisi pertama itu, Hope Project kini menjadi antara program khidmat komuniti utama bagi pelajar perubatan MSU tidak kira di kampus utamanya di Shah Alam ataupun kampus pesisir antarabangsa di Bangalore, India.

Tujuan utama pe­nganjurannya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar perubatan tahun satu hingga tiga tentang kepen­tingan membantu kumpulan masyarakat yang memerlukan bantuan dan tidak bernasib baik.

Selain itu, program itu juga dapat menggalakkan para peserta untuk terlibat dalam aktiviti kesukarelawan seterusnya membantu MSU dalam melahirkan kumpulan mahasiswa perubatan yang dilengkapi dengan kemahiran insaniah dan kompeten.

Pengarah projeknya, Muhammad Iqhmal Mohd. Zamri berkata, usaha murni pelajar-pelajar per­ubatan MSU itu telah mendapat kerjasama penuh pihak pengurusan Muslim Orphanage Yateem Khanna yang memberi sokongan daripada segi logistik dan penyertaan peserta.

Muhammad Iqhmal berkata, dia dan rakan-rakannya tersentuh apabila melihat penghuni di rumah anak yatim tersebut yang terpaksa belajar dalam suasana serba kekurangan.

“Kedatangan kami ke sini sedikit sebanyak telah menerbitkan sinar keceriaan kepada mereka. Kami gembira apabila melihat mereka terhibur dan telah memberi kerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

“Pihak pengurusannya juga akan sentiasa mengalu-alukan kedatangan kami dan berharap lebih banyak program dapat dijalankan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam misi kali ini, para pelajar telah menjalankan aktiviti seperti senaman aerobik, gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, aktiviti mewarna dan membuat penanda buku, sesi tutorial tentang menjaga kebersihan diri merangkumi kaedah betul memberus gigi serta membasuh ta­ngan. Mereka juga menyumbang bahan bacaan seperti buku dan majalan untuk perpustakaan kebajikan tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain