Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelajar MSU College turut cemerlang di Sukan SEA

Raih pingat gangsa dalam acara Judo

MSU College sentiasa meng­hargai dan mengiktiraf atlet-atlet yang berjaya mengharumkan nama kolej itu dan negara dalam pelbagai kejohanan tidak kira di peringkat universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Nor Izzatul Fazlia

Pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang baru sahaja menutup tirainya, dua pelajar MSU College, Mohd. Farhan Uzair mohd. fikri dan Nor Izzatul Faz­lia Mohamad Tahir yang juga atlet judo negara telah berjaya meraih pingat gangsa masing-masing dalam acada judo kategori 73kg dan bawah 78kg.

Mengakui kehebatan peserta lain, Mohd. Farhan dan Nor Izzatul Fazlia yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan di MSU College Terengganu itu te­lah melakukan yang terbaik serta membanggakan seluruh rakyat Malaysia ketika beraksi di gelanggang pertandingan tempoh hari.

Menurut Mohd. Farhan, kejayaan itu terhasil daripada usaha gigih, doa dan sokongan ahli keluarga serta rakan-rakan dan pensyarah yang banyak memberi inspirasi dan motivasi kepadanya.

“Kami meletakkan sepenuh fokus ketika menjalani latihan intensif di Mongolia selama dua bulan bagi mempersiapkan diri de­ngan kemahiran dan ge­rak tempur yang lebih baik sekali gus me­ningkatkan tahap keyakinan agar lebih bersedia untuk berdepan dengan pihak lawan.

“Cabaran besar buat kami kera­na perlu membahagikan masa menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan pada masa yang sama kami juga perlu fokus dan memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi sebagai atlet negara,” katanya.

Mohd. Farhan
Mohd. Farhan

Menurut Mohd. Farhan, di MSU College, para pelajar terma­suk dirinya dan Nor Izzatul Fazlia sentiasa digalakkan menitikberatkan keseimbangan antara akademik mahupun kokurikulum kerana ia diyakini mampu meningkatkan lagi pres­tasi serta kecemerlangan mereka.

“Kami amat berpuas hati de­ngan pingat yang diperoleh ini kerana berjaya mengharumkan nama negara, sekali gus membangkitkan lagi semangat kami untuk terus meraih dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” kata Mohd. Farhan.

Farhan juga pernah mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2015 di Si­ngapura dan Terbuka Macau.

Sementara itu, selain kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Fazlia pula pernah mewakili Malaysia di pe­ringkat antarabangsa menerusi Kejohanan Sukan SEA 2013 di Myanmar dan Sukan SEA 2015 di Singapura.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain