Pengarah program, Zainab Md. Isa berkata, melalui program ber­kenaan peserta memperoleh maklumat tentang produk-produk pe­lan­congan menarik terdapat di ne­­geri Kedah melalui ceramah di­sam­­paikan oleh pihak berkenaan.

“Ceramah diberikan itu, boleh dijadikan panduan kepada pelajar untuk mewujudkan hubungan kerjasama antara Kolej Komuniti Jerai (KKJ) dengan penggiat industri pelancongan di luar.

“Saya puas hati kerana peserta mengikuti ceramah diadakan de­­ngan penuh minat, kejayaan da­lam bidang ini boleh dicapai de­ngan mu­dah, jika seseorang sanggup mem­pelajari ilmu baharu yang ber­kaitan bidang pelancongan,” kata­nya ketika ditemui selepas perasmian pro­gram berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, ceramah diberikan oleh Ketua Unit Pelancongan Majlis Daerah Yan, Abd. Razak Majid dan Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Mohd. Amin Ali boleh dijadikan panduan bagi memajukan kerjaya peserta pada masa akan datang.

Pengarah KKJ, Saiffuddin Ha­san ketika berucap di majlis itu berkata, daerah Kuala Muda dan Yan di Kedah banyak terdapat kawasan pelancongan menarik yang bersesuaian untuk diteroka melalui pelbagai kaedah tertentu.

Menurutnya, pelajar KKJ yang ada ilmu mengenainya perlu berpandangan jauh dan melakukan apa sahaja yang didapati sesuai agar kerjaya mereka nanti terus menjadi menarik diikuti memberi pendapatan lumayan.

Seorang peserta program itu, Nurul Husna Mohammad Yusoff, 21, berkata, banyak perkara baharu berkaitan produk-produk pe­lancong­an terdapat di Kedah dipelajari setelah menyertai setiap acara disusun.