Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelajar jurusan perubatan MSU anjur kempen gaya hidup sihat

PELAJAR perubatan MSU memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan 2
PELAJAR perubatan MSU memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung sebuah pasar raya di Subang Jaya, baru-baru ini.

SEBAGAI memenuhi tanggungjawab sosial kepada ma­syarakat, Management and Science University (MSU) me­lalui sekolah perubatannya, International Medical School (IMS) telah menjalankan aktiviti khidmat komuniti dan kesukarelawan di sebuah pa­sar raya terkemuka di Subang Jaya, Selangor pada 29 dan 30 Julai lalu.

Aktiviti yang dikenali sebagai MSU Young Doctor Programme itu adalah sebahagian daripada keperluan untuk subjek Perubatan Komuniti di mana pelajar dikehendaki menjalankan program berbentuk kese­daran kesihatan bersama komuniti.

Program edisi ke-10 itu melibatkan penyertaan seramai 23 mahasiswa tahun empat program Bachelor in Medicine and Bachelor in Surgery (MBBS) dan empat pensyarah serta kira-kira 500 pengunjung.

Program itu bertujuan meng­kaji kesan penyakit ti­dak berjangkit dengan pe­­­­ngamalam diet dalam ka­langan pengunjung pasar raya tersebut.

Para pelajar telah memainkan peranan masing-masing dengan memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat kepada pengunjung ber­kaitan gaya hidup sihat.

Pemeriksaan kesihatan ya­ng dijalankan termasuklah ukuran indeks jisim badan (BMI), ukuran badan keseluruhan, te­kanan darah, tahap glukos dalam darah dan tahap kolestrol dalam darah.

Menurut salah seorang mahasiswa, Muhammad Fik­­­ri Abdul Mutalib, program itu adalah platform ya­ng tepat untuk memupuk sikap prihatin dalam kala­ngan mahasiswa terhadap komuniti.

“Program ini juga dapat membantu memperkasakan kemahiran insaniah kerana sepanjang dua hari ini, kami dapat berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Selain itu, katanya, mahasiswa turut berpeluang berkongsi ilmu tentang panduan penjagaan kesihatan se­cara menyeluruh, selain mem­beri persepsi awal terhadap tanggungjawab sebagai seorang doktor.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain