Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad
Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, pelantikan itu dibuat setelah tempoh lantikan semasa beliau selama tiga tahun tamat pada 15 Ogos ini.

Katanya, pelantikan tersebut adalah selari dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(1) Perlembagaan USIM.

“Sepanjang memegang jawatan berkenaan, beliau telah meletakkan hala tuju USIM lebih strategik dalam aspek akademik, pentabiran, sumber manusia, kewangan, pembangunan mahasiswa dan jalinan antarabangsa dengan pelbagai institusi,” kata kenyataan itu.

Menurutnya lagi, Musa turut menekankan kepentingan membudayakan warga kampus yang sihat melalui program FIT USIM, kesukanan, riadah dan rekreasi. - UTUSAN ONLINE