Kemenangan itu membolehkan kedua-duanya menerima hadiah wang tunai bernilai RM500 setiap seorang beserta sijil dan piala dalam Majlis Sukan PMM 2014 di sini.

Anugerah itu diberikan kepada mereka yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam acara sukan masing-masing sepanjang tahun lalu selain mengharumkan nama politeknik dan negara.

Sementara itu, Muhammad Hanaffi, 22, yang juga pelajar jurusan Diploma Mekanikal Pembuatan berkata, dia berasa gembira dengan pengiktirafan itu sekali gus menyuntik semangatnya untuk terus mencipta kejayaan dalam sukan tersebut.

“Saya juga menyasarkan tempat dalam pasukan kebangsaan untuk mewakili negara pada Sukan SEA tahun ini di Singapura,” katanya.

Majlis penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Roslan Ahmad.

Yang turut hadir, Pengarah PMM, Zolkarnain Jobshi; Timbalan Pengarah Akademik PMM, Mohd. Asri Chik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMM, Abd. Aziz Talib.

Selain itu turut menerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan, atlet taekwando, Mohd. Akmal Omar Sidek dan Nur Farhah Nadiah Azman dari acara petanque.

Turut disampaikan hadiah pada majlis itu ialah Tokoh Sukan, Pengurus Terbaik, Jurulatih terbaik, Pasukan Lelaki dan Wanita Terbaik.