Program perubatan iaitu Ija­zah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) ditawarkan melalui International Medical School di kampus utama MSU di Shah Alam, Selangor dan kampus pesisir antarabangsanya di Bangalore, India.

Kualiti program perubatan MSU memang tidak boleh dipertikaikan, malah kampus pesisir antarabangsanya di Bangalore merupakan sekolah perubatan pertama mendapat akreditasi untuk tempoh lima tahun daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Program MBBS turut mendapat pengiktirafan badan profesional antarabangsa iaitu Sri Lanka Medical Council (SLMC) dan Maldives Medical and Dental Council (MMDC).

Setakat ini, MSU telah melahirkan enam kohort doktor berkelayakan yang sedang ber­khidmat di hospital-hospital awam di seluruh negara.

Program MBBS di MSU menawarkan pembelajaran untuk jangka masa lima tahun dan pelajar perlu melalui tiga fasa pengajian yang dibezakan oleh jangka masa, subjek dan akti­viti.

Fasa pertama dan kedua me­rangkumi sistem berasaskan modul, sementara fasa ketiga merangkumi penempatan berasaskan pengkhususan seperti Perubatan, Pembedahan, Obstetric and Gynecology, Pediatrik, Psikiatri, Primary Care, Ortopedik dan Perubatan Kecemasan.

Selain aspek akademik, pelajar turut didedahkan dengan pel­bagai aktiviti luaran yang bermatlamat memperkasakan pengalaman pembelajaran mereka.

Selepas tamat pengajian, pe­lajar perlu mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan akan ditempatkan di hospital awam di seluruh Malaysia di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan bagi memenuhi tuntutan housemanship selama dua tahun serta perkhidmatan wajib selama tiga tahun.

Pengambilan pelajar baharu program MBBS di MSU dibuat pada bulan April dan September setiap tahun. Program itu dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Program Asasi MSU, dip­loma, A-Level dan matrikulasi.

Pelajar yang berminat juga perlu menduduki Medical Entry Test (MET) yang akan mengukur tahap kebolehan setiap calon yang memohon mengikuti program MBBS di MSU.