Bertepatan dengan itu, MSU College telah menawarkan program-program pengajian yang kritikal dan relevan de­ngan keperluan semasa industri.

Pendekatan itu membolehkan MSU terus kekal menjadi pilihan utama pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk melanjutkan pengajian bagi pembangunan kerjaya yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Malah, prestasi membanggakan dan keupayaan yang dimiliki oleh MSU College sebagai peneraju sistem pendidikan swasta di negara ini juga sering dijadikan rujukan serta penanda aras ke arah membangunkan sistem pendidikan tinggi berkualiti dan seiring dengan kehendak dunia hari ini.

Pelbagai program pengajian ditawarkan oleh MSU College bermula daripada peringkat sijil, diploma hinggalah ke peringkat ijazah melalui 10 kolej cawa­ngannya di seluruh negara.

MSU College memberi fokus kepada kluster-kluster pengajian merangkumi disiplin Sains Kesihatan; Sains Maklumat dan Kejuruteraan; Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional serta Hospitaliti dan Seni Kulinari.

Menerusi School of Science and Technology (SST), MSU College menawarkan program pengajian seperti Farmasi, Sains Kesihatan, Teknologi Makmal Perubatan, Reka Bentuk Grafik, Teknologi Multimedia, Teknologi Maklumat serta Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Sementara di School of Hospitality, Education and Business, ia menawarkan program pengajian Pengurusan, Perguruan, Perakaunan, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Seni Kulinari, Pe­ngurusan Pelancongan, Pengurusan Hotel serta Perkhidmatan makanan dan Pengurusan Restoran.

Bagi mengikuti program diploma, kelulusan minima yang diperlukan adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

Pelajar yang lulus dengan hanya satu kepujian pula berpeluang mengikuti program peringkat sijil dalam bidang Sains Kesihatan, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Fotografi Digital, Sains Komputer, Pengurusan Pelancongan dan Operasi Hotel & Katering.

Bagi mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di universiti luar negara dengan kos minima, mereka boleh memohon untuk mengikuti program 3+0 yang turut ditawarkan seperti program CAT, ACCA-Qualification, LCCI-Diploma in Business Studies, LCCI-Private Secretarial Diploma, ABE dan CIMA.

MSU College juga merupakan institusi collegiate kepada Management & Scien­ce University (MSU). Oleh itu, pelajar yang tamat pengajian diploma berpeluang mendapat pengecualian mata pelajaran sehingga setahun apabila melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di MSU.

Menerusi Sistem Penilaian Kua­liti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) 2014/2015, MSU College telah diberikan penarafan enam bintang dalam pelbagai kategori.

Penarafan itu diberikan atas penca­paian cemerlang MSU College dalam menyediakan perkhidmatan pendi­di­kan yang memenuhi kriteria serta standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.