Begitu juga dengan Malaysia, yang mempunyai banyak tarikan unik dan menjadi destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

Oleh itu, kerajaan sentiasa berusaha untuk mempromosi sektor pelancongan ke peringkat yang lebih tinggi lagi dan menetapkan sasaran kedatangan seramai 36 juta pelancong antarabangsa pada 2020.

Dengan sasaran tersebut, industri hospitaliti dan pelancongan akan terus menjadi penyumbang utama kepada sektor ekonomi negara, sekali gus mencipta peluang kerja yang luas.

Malah, Malaysia sudah pasti memerlukan lebih ramai tenaga mahir dan berpengalaman luas dalam bidang tersebut dari semasa ke semasa bagi memenuhi sasaran tersebut serta keperluan tinggi daripada pihak industri.

Selaras dengan perkemba­ngan itu, MSU College menawarkan pelbagai program pengajian berkaitan bidang hospitaliti menerusi Sekolah Hospitaliti, Pendidikan dan Pengajian Perniagaan (SHB).

Salah satunya adalah Diploma Perkhidmatan Makanan dan Pe­ngurusan Restoran khusus bagi mereka yang berhasrat mendalami serta lebih mahir dalam bidang pengurusan makanan dan restoran secara ko­mersial. ­

Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan kepada aspek teori dan praktikal berkaitan pengurusan industri perkhidmatan makanan, kemahiran dalam asas makanan dan minuman, perkhidmatan restoran makanan segera serta pengurusan pembekalan makanan.

Program itu juga menggabungkan pelbagai disiplin termasuklah dalam bidang pengurusan restoran, perkhidmatan penyediaan makanan, pemasaran restoran, operasi makanan dan minuman, operasi restoran, pe­ngurusan sistem katering dan bidang-bidang lain.

Pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian tersebut perlu memenuhi kelayakan yang ditetapkan iaitu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan mendapat tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran atau sijil daripada MSU College, politeknik, universiti awam atau swasta yang diiktiraf.

Graduan MSU College turut berpeluang melakukan pindahan kredit, seterusnya melanjutkan pengajian ke tahun dua peringkat ijazah di Management and Science University (MSU) di bawah Sekolah Hospitaliti dan Seni Kreatif (SHCA).

Antara kerjaya profesional yang boleh diceburi termasuklah sebagai pengurus restoran, pegawai kualiti makanan di syarikat pembekal makanan, pengurus kafeteria dan pengurus syarikat katering.

UNTUK maklumat
lanjut berkaitan program yang ditawarkan di MSU College, sila hubungi 03-55136688 atau layari www.msucollege.edu.my