Malah, MSU College sentiasa menjadi pilihan utama pelajar lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian bagi pemba­ngunan kerjaya dan masa depan yang lebih cemerlang.

Pemilihan itu adalah dise­babkan kolej tersebut menawarkan program-program pe­­ngajian ya­ng kritikal dan relevan de­ngan keperluan semasa industri.

Malah, prestasi membanggakan dan keupayaan yang dimiliki oleh MSU College sebagai peneraju sistem pendidikan swasta di negara ini juga sering dijadikan rujukan dan penanda aras ke arah memperkasakan sistem pendidikan tinggi yang berkualiti dan seiring dengan kehendak industri.

Pelbagai program pengajian ditawarkan oleh MSU College bermula peringkat sijil, diploma hinggalah ke peringkat ijazah melalui 10 kolej cawa­ngannya di seluruh negara.

MSU College memberi fokus kepada kluster-kluster pengajian merangkumi disiplin Sains Kesihatan; Sains Maklumat dan Kejuruteraan; Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional serta Hospitaliti dan Seni Kulinari.

Menerusi School of Science and Technology (SST), MSU College menawarkan program pengajian seperti Farmasi, Sains Kesihatan, Teknologi Makmal Perubatan, Reka Bentuk Grafik, Teknologi Multimedia, Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan Elektrik dan Elek­tronik.

School of Hospitality, Education and Business (SHB) pula menawarkan program pengajian Pengurusan, Perguruan, Perakaunan, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Seni Kulinari, Pengurusan pelanco­ngan, Pe­ngurusan Hotel serta Perkhidmatan makanan dan Pengurusan Restoran.

Bagi mengikuti program diploma, kelulusan minima yang diperlukan adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana subjek.

Antara kelebihannya ialah pelajar mempunyai pilihan untuk mengikuti kaedah pem­belajaran yang dijalankan secara sepenuh masa atau pun fleksibel.

Pelajar yang lulus dengan hanya satu kredit pula berpeluang mengikuti program peringkat sijil dalam bidang Sains Kesihatan, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Fotografi Digital, Sains Komputer, Pengurusan Pelancongan, Sijil Pengurusan Spa & Kecantikan, Sijil Pastri, Bakeri & Konfeksionari dan Operasi Hotel & Katering.

Bagi pelajar yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat profesional, mereka boleh memilih untuk mengikuti kursus seperti CAT, ACCA-Quali­fication dan LCCI-Diploma in Business Studies.

MSU College turut menyokong hasrat negara dalam mentransformasikan Pendidi­kan Teknikal dan Latihan Vo­kasional (TVET) bagi meningkatkan daya saing tenaga kerja mahir tempatan seterusnya menggalakkan lebih ramai memilih kerjaya dalam bidang itu.

Antara program yang dijalankan adalah Operasi Jualan & Pemasaran (Tahap 3), Pengurusan Pejabat (Tahap tunggal - 2 dan 3), Operasi Sistem Komputer (Tahap 3), Penyediaan Pembuatan Makanan (Tahap 3), Reka Bentuk Grafik (Digital) (Tahap 3), Operasi Servis Makanan dan Minuman (Tahap 2 dan 3), dan Pembangunan Aplikasi (Tahap 3).

MSU College merupakan ins­titusi collegiate kepada Management and Science University (MSU). Dengan itu, pelajar yang tamat pengajian diploma berpeluang mendapat pengecualian subjek sehingga setahun apabila melanjutkan pengajian ke pe­ringkat ijazah di MSU.