Selain Malaysia, Pusat Kecemerlangan Antarabangsa APIEM turut ditubuhkan di Taiwan, Fili­pina dan Indonesia.

Pengiktirafan itu diberikan berdasarkan pelbagai pencapaian cemerlang yang diraih oleh Sekolah Hospitaliti dan Seni Kreatif, MSU.

Malah, kualiti pelajar yang dilahirkan oleh Sekolah Hospitaliti dan Seni Kreatif jelas menarik hati pihak APIEM apabila mereka berjaya meraih Anugerah Kertas Kerja Terbaik pada Persidangan Antarabangsa, Asia Pacific Council on Hotel, Restaurants and Institutional Education (APacCHRIE) di Bali, Indonesia pada Mei lalu.

APIEM juga tertarik dengan program-program pengajian yang ditawarkan di MSU kerana ia memenuhi kualiti dan piawaian antarabangsa serta menggunakan modul pembelajaran terkini.

Modul yang diterapkan itu telah membolehkan pelajar didedahkan dengan suasana pem­belajaran dan pengajaran yang kondusif melalui pe­ngalaman pembelajaran menye­luruh.

Penilaian kualiti APIEM turut mengiktiraf program Pe­ngurusan Acara yang ditawarkan di MSU kerana dilihat memenuhi stan­dard piawaian antarabangsa dan setara de­ngan program-program pengajian sama yang ditawarkan di rantau Asia Pasifik.

Pengiktirafan itu sekali gus membantu memperkasakan tahap kebolehpasaran graduan MSU sama ada di Malaysia mahu pun di peringkat global.

Bertepatan dengan pengiktirafan APIEM itu, MSU bakal menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa pertama APIEM pada 2018.

Pemilihan itu selaras dengan usaha universiti itu untuk memperkasakan kesinambungan pendidikan berkualiti ke arah melahirkan graduan yang kompeten dan versatil.

MSU adalah antara universiti terbaik bagi pengajaran dan pembelajaran di Malaysia yang memberi fokus kepada penawaran program-program pengajian untuk melahirkan modal insan berkualiti dan memenuhi keperluan global.

Bidang pengajian yang ditawarkan antaranya ialah perubatan; sains kesihatan; farmasi; sains maklumat dan kejuruteraan; pengurusan perniagaan dan pengajian profesional; pendidikan; hospitaliti dan seni kulinari serta muzik dan fesyen.