Mereka terdiri daripada pelajar MSU, MSU College, pelajar sekolah dan komuniti sekitar. Sehingga kini, MSU dan institusi kolejnya, MSU College telah mencatat 31 rekod dalam MBR merangkumi pelbagai kategori.

Pencapaian ini merupakan sebahagian daripada aktiviti utama yang dijalankan bersempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia (WHD) MSU 2017 yang bermula pada 25 sehingga 27 April.

Program ini dianjurkan secara bersama oleh International Medical School (IMS), Faculty of Health & Life Sciences (FHLS) dan School of Pharmacy (SPH) serta mendapat kerjasama International Medical School Student Association (IMSA)

MSU melalui perlaksanaan program seperti ini bermatlamat melahirkan pelajar yang dilengkapi budaya kecemerlangan, kompeten, versatil dan berketerampilan.

Aktitiviti ini berperanan merapatkan hubungan antara warga kampus dan masyarakat serta menerapkan semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar.

Bertemakan Fight Against Depression, program berkenaan bermatlamat meningkatkan kesedaran kepada warga kampus khasnya dan masyarakat amnya tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat. Selain itu, memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta memperkasa kemahiran insaniah mereka melalui penglibatan dalam program khidmat komuniti.

The Largest Simultaneous Participation In A Health Screening Session menyaksikan pelajar MSU dan MSU College menjalankan pemeriksaan kesihatan merangkumi tekanan darah, tahap glukos, indeks jisim badan (BMI) dan tahap tekanan.

Pemeriksaan kesihatan ini berlangsung secara serentak di pelbagai lokasi termasuklah kampus MSU, [email protected], Stesyen Komuter Seremban, kompleks beli belah, kampus MSU College (Shah Alam, Ampang dan Seremban), kampus pesisir antarabangsa MSU di Bangalore serta sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang.

Aktiviti lain yang turut diadakan bersempena sambutan WHD 2017 ialah Larian Malam Jantung 2.0 dan Sembang Berterusan Pendidikan Perubatan dengan Pakar oleh perunding psikiatri, Prof Zulkifli Ghaus.

Majlis meraikan kejayaan mencipta rekod baharu MBR ini telah dihadiri Presiden MSU. Prof. Tan Sri Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid, Turut hadir ialah kakitangan pengurusan kanan MSU, Nurasyikin Ramli dan wakil MBR serta pelajar.

Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyaksikan kebolehpasaran mahasiswa MSU berada pada tahap 98.6 peratus dan merupakan tertinggi dalam kalangan institusi pendididikan tinggi di Malaysia.

MSU telah memenangi anugerah The Most Entrepreneurial Private University 2016 serta disenaraikan sebagai Universiti Cemerlang sebanyak dua kali oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Selain itu, MSU turut mendapat penarafan lima bintang dalam Penarafan QS 2016 bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif.