Selain beliau, Gabenor Sulawesi Selatan, Indonesia, Dr. H. Syahrul Yasin Limpo menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pe­ngurusan dan Kepimpinan atas kejayaan beliau membangunkan wilayah tersebut.

Pengurniaan anugerah itu disempurnakan oleh Sultanah Terengganu yang juga Canselor Unisza, Sultanah Nur Zahirah dalam istiadat konvokesyen universiti tersebut di Dewan Al-Muktafi Bilal Shah di sini.

Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra'.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmaf Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Pro Canselor Unisza, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor; Pengerusi Lembaga Pengarah universiti, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.

Mohamed Apandi berkata, pengiktirafan yang diterima itu merupakan penghormatan kepada Jabatan Peguam Negara yang banyak membantu ke arah perjuangan dan perkembangan undang-undang di negara ini.

Katanya, sebagai individu di barisan hadapan dalam mendau­latkan perundangan, aspek integriti merupakan satu senjata utama yang perlu disematkan dalam dada.

“Terima kasih kepada Unisza atas penganugerahan ini, saya gembira memperolehnya dari sebuah universiti di Terengganu kerana secara tidak langsung membangkitkan nostalgia permulaan perjalanan saya dalam perkhidmatan kehakiman dan bidang perundangan Malaysia selepas menamatkan pengajian di United Kingdom apabila dilantik sebagai Majistret Mahkamah Kuala Terengganu pada 1973 diikuti Timbalan Pendakwa Raya bagi negeri Kelantan dan Terengganu pada 1977.

Seramai 2,359 graduan Unisza menerima ijazah dan diploma masing-masing pada istiadat konvokesyen itu bermula hari ini hingga Isnin.

Daripada jumlah itu, 18 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, 59 graduan sarjana, sarjana muda (1,321) dan diploma (961).

Anugerah Pelajaran Diraja (Pi­ngat Jaya Cemerlang) diberikan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usulu­d­din), Mohamad Farid Abdul Ta­lib, 24, dan Muhammad Fauzan Abdul Hamid, 25, (Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan).