Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Minat tulis sajak Melayu

Penuntut OKU tekad sambung pengajian dalam bidang sastera di USM

PENUNTUT mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2017
PENUNTUT mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2017 dalam majlis sambutan penuntut baharu di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang, baru-baru ini.

PULAU PINANG 12 Sept. - Penuntut golongan orang kurang upaya (OKU), A. Mahavithia mengakui dia mempunyai minat mendalam mengarang sajak dalam bahasa Melayu sejak di bangku sekolah lagi.

Mahavithia yang buta sebelah mata sejak lahir dan kemudiannya mengalami kecacatan kedua-dua belah mata ketika berumur 11 tahun tekad meneruskan minatnya itu dalam bidang sastera dengan menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sastera di USM.

Anak kedua daripada empat adik beradik itu memulakan pendidikan pada usia 11 tahun dalam tahun empat di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma (Penglihatan) di Bukit Mertajam di sini sebelum menyambung pelajaran ke tingkatan enam di Kolej Tinggi Ipoh, Perak.

“Saya bercita-cita menjadi seorang pendidik. Walaupun tidak dapat menyambung pengajian dalam bidang pendidikan, saya berazam untuk meneruskan impian itu selepas tamat belajar di sini kelak,” katanya.

Mahavithia merupakan antara lebih 2,800 penuntut baharu yang memulakan pengajian di Kampus Induk USM bagi sidang akademik 2017/2018 di sini ming­gu lalu.

Dalam pada itu, majlis sambutan penuntut baharu USM turut dimeriahkan dengan program yang membangkitkan semangat patriotisme yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP).

Dalam majlis itu, penuntut baharu dengan pelbagai formasi menarik menyanyikan lagu patriotik sempena sambutan kemerdekaan.

Pengalaman mengujakan itu turut mendapat perhatian lebih 150 pelajar antarabangsa yang turut serta bagi mendengar dan mengikuti amanat Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain