Pemasangan lampu itu sekali gus membantu pencahayaan persekitaran yang gelap pada waktu malam, justeru membolehkan masyarakat peribumi itu menjalankan pelbagai aktivi­ti sesama mereka.

Lampu-lampu yang dipasang oleh mahasiswa dari pelbagai jurusan kejuruteraan UTP itu terdiri daripada panel dan pe­ngawal solar, bateri serta mentol LED yang mudah ditukar.

Pengurus projek Hope UTP 2.0, Nur Shaza Aliah Mahmud berkata, pihaknya berharap bantuan tidak seberapa itu dapat membantu menambah kehidupan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.

Menurut beliau, matlamat utama projek berkenaan adalah untuk meng­galakkan masyarakat mengadaptasi peng­gunaan tenaga boleh di­perbaharui terutamanya penggunaan tenaga solar dalam kehidupan harian.

"Melalui projek ini, para pelajar dan masyarakat bekerjasama melakukan perubahan positif untuk generasi akan datang.

"Sebelum memulakan projek ini, kita telah melancarkan kutipan derma serta menganjurkan pelbagai aktiviti sekolah di kawasan pedalaman," katanya.

Dalam pada itu, Nur Shaza berkata, selain pemasangan lampu solar, mahasiswa UTP juga telah membantu memasang penapis air di kampung berkenaan.