Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mahasiswa USM 
dekati gelandangan

Antara gelandangan yang didekati penuntut Universiti Sains Malaysia
Antara gelandangan yang didekati penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) dalam program dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Anjung Singgah Lebuh Chulia di sekitar Gorgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.

PULAU PINANG 11 April – Tiga penuntut tahun satu ranca­ngan Kerja Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) mewakili Kelab Kerja Sosial USM dalam Program Khidmat Masyarakat Epilog Jalanan di sekitar Georgetown di sini baru-baru ini.

Bashiroh Badri, Muhammad Shukur Md. Yusof dan Syamin Fitri mengikuti prog­ram itu yang dianjurkan Kelab PLUS RN3N6 dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Anjung Singgah Le­buh Chulia.

Program itu bertujuan men-de­kati dan menangani golongan gelandangan yang dilihat semakin membimbangkan ketika ini.

Menurut Bashiroh, program 
itu memberinya peluang menge­­nal pasti gelandangan yang mempunyai pekerjaan tetapi tidak mempunyai tempat tinggal serta mendapatkan maklumat mengenai aktiviti gelandangan daripada aspek pengambilan barang terlarang.

“Selain itu, program tersebut juga dijalankan untuk memberi pendidikan dan intervensi kepada gelandangan supaya mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu adalah slot intervensi bersama gelandangan dan penghuni Anjung Singgah bagi memperkasakan mereka untuk mendapatkan kehidupan lebih baik serta aktiviti pembersihan diri dan pemberian makanan kepada gelandangan.

Sementara itu, Syamin berkata, melalui program tersebut dia memperoleh pengalaman pertama bertemu dan menyantuni gelandangan.

Tambah beliau, melalui intervensi yang dilakukan, mereka dapat mengenal pasti beberapa punca sebenar golongan itu menjadi gelandangan iaitu kerana kesukaran mendapatkan rumah, kos rumah yang tinggi dan pendapatan yang rendah.

“Justeru melalui program ini juga, ia telah mengubah tanggapan buruk kami terhadap gelandangan,” katanya.

Bagi Muhammad Shukur, program itu memberi pengalaman kepadanya untuk membantu golongan gelandangan yang kurang bernasib baik khususnya memberikan sokongan moral dan berdamping dengan mereka untuk mereka memperkasa diri.

“Kebanyakan daripada me­reka berada dalam dilema ma­salah kehidupan masing-ma­sing, tetapi tidak mempunyai saluran untuk meluah masalah.

“Sedangkan mereka juga mempunyai keinginan dan cita-cita untuk menjadi seperti insan yang lain tetapi tanpa sokongan dan hala tuju, bagaimana mereka boleh mencapai kehidupan yang terbaik,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain