Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lonjak industri aeroangkasa

Dr. Aini Ideris (tengah) bersama Mohamed Raziff (dua dari kanan)
Dr. Aini Ideris (tengah) bersama Mohamed Raziff (dua dari kanan) menunjukkan memorandun perjanjian sambil diperhatikan Dr. Husaini Omar (kiri), Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan (dua dari kiri), Dr. Shashi Anand Sridharan (tiga dari kanan) dan Sudirman Hassan (paling kanan) di majlis menandatangani MoU antara UPM dan Airbus Helicopters Malaysia Sdn. Bhd, di Serdang baru-baru ini.

Universiti Putra Malaysia (UPM), antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menawarkan pelbagai bidang pengajian yang relevan kepada industri masa kini.

Antaranya bidang Kejuruteraan Aeroangkasa yang jarang-jarang ditawarkan lain-lain IPTA di negara ini turut tawarkan oleh UPM.

Bagi mengembangkan bidang kajian tersebut dengan lebih baik, UPM turut menubuhkan Pusat Penyelidikan Pembuatan Aeroangkasa (AMRC).

Menurut pengarah pusat tersebut, Prof. Madya Ir. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan, penubuhan pusat tersebut dipelopori Fakulti Kejuruteraan, UPM pada Februari 2012.

“Usaha penubuhan pusat ini adalah selari dengan peningkatan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan komposit khususnya di dalam industri aeroangkasa.

“AMRC memberi fokus dalam penyelidikan gunaan, pembangunan produk dan latihan melalui perkongsian pintar bersama agensi kerajaan, institusi kebangsaan dan antarabangsa serta sektor swasta,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara antara AMRC Fakulti Kejuruteraan UPM ,dengan Airbus Helicopters Malaysia (AHM) Sdn. Bhd. melalui bagi meningkatkan lagi kualiti penyelidikan dan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di UPM dalam bidang aeroangkasa.

Yang turut hadir Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi Prof. Datuk Dr Husaini Omar dan beberapa pegawai daripada kedua-dua belah pihak.

Jelas Dr. Mohamed Thariq, pihaknya sentiasa berusaha keras dalam meningkatkan peranan AMRC, UPM dengan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak

AHM merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan, baik pulih dan menyediakan alat ganti untuk semua helikopter milih Airbus.

Antara objektif syarikat tersebut adalah menyediakan penyelesaian helikopter awam dan tentera yang paling berkesan, melindungi, menyelamatkan nyawa dan membawa penumpang dengan selamat dalam keadaan persekitaran yang sangat mendesak pada masa kini.

“Menerusi MoU ini kami mengharapkan UPM khususnya bidang Kejuruteraan Aeroangkasa dapat meningkatkan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan komposit khususnya di dalam industri tersebut,” katanya lagi.

Selaras dengan hasrat kedua-dua organisasi tersebut, AHM turut menyumbangkan sebuah enjin pesawat Lycoming (TIO-540-AB1AD) yang bernilai RM130,000.

Enjin tersebut akan digunakan secara aktif untuk tujuan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran di UPM.

Selain itu, UPM dan AHM turut bersetuju untuk menjayakan program pertukaran pegawai penyelidik dan pelajar pasca siswazah UPM ke AHM untuk tujuan penyelidikan dan perundingan kejuruteraan.

UPM turut merancang untuk menghantar pelajar program latihan industri ke AHM untuk tempoh 12 minggu.

Dalam pada itu, menerusi perjanjian yang sama sebuah Makmal Kerjasama UPM dan AHM akan ditubuhkan bagi melancarkan aktiviti penyelidikan seterusnya dapat memberi impak yang besar kepada industri aeronautikal di Malaysia.

Kerjasama tersebut juga dilihat dapat meningkatkan taraf UPM sebagai sebuah universiti yang diiktiraf dan menjadi rakan pintar dalam setiap projek penyelidikan dan mobiliti pelajar UPM bersama industri.

AHM merupakan salah sebuah syarikat aeroangkasa terkemuka dan diiktiraf di peringkat antarabangsa pastinya akan memudahkan proses perpindahan teknologi dan peningkatan pengetahuan dalam bidang helikopter khususnya.

Secara tidak langsung, Malaysia akan mampu melahirkan lebih ramai jurutera yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas khususnya dalam industri aeronautikal.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain