Sumbangan kerjaya itu sebenarnya penting dalam usaha memberi perkhidmatan penja­gaan kesihatan dan kosmetik yang lebih baik serta melengkapi perkembangan pesat industri pembuatan.

Menyedari keperluan itu, Ma­nagement and Science University (MSU) melalui School of Pharmacy (SPH) menawarkan peluang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Farmaseutikal dengan tempoh pe­ngajian selama tiga setengah tahun.

Bagi menyertai program itu, pelajar perlu memiliki sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), atau kelulusan matrikulasi mahupun diploma dalam bidang sains dan berkaitan.

Program tersebut memfokuskan kepada penghasilan perubatan tradisional dan moden me­rangkumi produk farmaseutikal serta nutraseutikal, di samping menitikberatkan elemen Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Pelajar juga didedahkan de­ngan aspek teori dan amali berhubung ilmu kejuruteraan farmasi, teknologi dalam pembuatan perubatan serta keusahawanan dengan menyeluruh.

Selain itu, program berkenaan turut memberi pendedahan kepada pelajar daripada proses pembangunan produk, pembungkusan, kawalan kualiti, pengilangan dan pengurusan makmal, pengurusan pengedaran stok produk serta reka bentuk proses kerja.

Lebih istimewa, tenaga pengajar di MSU terdiri daripada mereka yang berpengetahuan luas dan berpengalaman tinggi dalam bidang farmasi serta pernah ber­khidmat dalam industri berkaitan.

Bukan itu sahaja, pelajar juga dapat belajar dalam suasana kondusif kerana MSU menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap, Pada masa sama, pelajar dapat merasai suasana sebenar dunia kerjaya melalui kerjasama dengan pihak industri.

Sementara itu, pelajar turut berpeluang mendapat pendedahan global hasil jaringan kerjasama de­ngan rakan universiti di seluruh dunia. Pilihan itu terbuka luas melalui Global Mobility Programme (GMP) dan Global Internship Programme (GIP) yang dilaksanakan MSU.

Graduan MSU juga didapati tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Ini terbukti apabila kajian Pengesanan Graduan yang dikendalikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyaksikan kebolehpasaran graduan MSU berada pada tahap 98.6 peratus dan adalah yang tertinggi dalam kalangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

MSU cukup menitikbe­ratkan pendidikan berkualiti dan penggunaan kaedah pengajaran kreatif yang mana kedua-duanya menjadi keutamaan MSU dalam usahanya melahirkan graduan kompeten dan versatil.

Ini terbukti apabila MSU kini berada pada kedudukan 217 universiti terbaik dalam kalangan negara-negara Asia mengikut QS Asia Ranking 2018. Kejayaan itu adalah kesinambungan kepada penarafan lima bintang dalam QS Star bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif.

UNTUK maklumat lanjut, hubungi Jabatan Kaunseling dan Komunikasi di talian 03-55216868 atau layari www.msu.edu.my