Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, universi­tinya yang mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli mampu menerapkan keunikan itu dalam setiap bidang kepakaran di­tawarkan supaya pe­nubuhan KSCIP da­pat memberi kesan besar.

“Dalam pada itu, USIM juga ba­kal menyertai per­binca­ngan bersama wakil Kementerian Pertahanan dan Liga Arab Sedunia dalam pertemuan dengan wakil kerajaan Arab Saudi yang akan berkunjung ke Malaysia pada 10 April ini,” katanya dalam satu kenya­taan di sini, hari ini.