Naib Presiden Hubungan dan Hal Ehwal Korporat, Universiti Limkokwing, Datuk Fajura Juffa Mohd. Mustafa Kamal berkata, kolaborasi seperti itu dilihat sebagai salah satu landasan terbaik mendedahkan universiti dan penuntut tentang dunia kreativiti sebenar selain membuka minda mereka untuk menghasilkan idea dan inovasi yang boleh dikomersialkan pada peringkat antarabangsa.

Menurutnya, universiti ternama di Asia juga perlu terlebih dahulu memupuk kreativiti dan meningkatkan profesionalisme serta daya saing untuk menjadi modal insan yang mempunyai nilai tambah dalam bidang inovasi dan industri kreatif .

“Pembangunan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai daya keusahawanan yang tinggi amat diperlukan dalam meningkatkan kebolehpasaran, sekali gus negara berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi serta memartabatkan budaya bangsa.

“Apabila Universiti Limkokwing membuat keputusan untuk mentransformasikan pembangunan kreativiti yang bertunjangkan inovasi dan kreativiti di Malaysia dan Asia, maka Universiti Limkokwing sekali lagi berkolaborasi dengan badan penarafan QS-Apple sebagai juri pertandingan majlis Anugerah Kreatif QS-Apple bersempena dengan Persidangan dan Pameran Kepimpinan Profesional Asia Pasific ke-13,” katanya.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan, QS Asia Quacquarelli Symonds, Mandy Mok.

Persidangan dan Pameran QS-Apple ke-13 itu yang dihoskan bersama oleh China Medical University dan Asia University di Taichung, Taiwan, turut menampilkan QS Squared Debates selain bengkel QS Ranking, perbincangan panel dan sesi yang berkaitan dalam konteks Asia.

QS Asia adalah anak syarikat serantau QS, yang mengeluarkan QS World University Rankings serta ranking serantau dan subjek.

Sementara itu, dua universiti di Malaysia memenangi dua kategori pada majlis Anugerah Kreatif QS-Apple.

Universiti Malaya memenangi emas untuk Video Institusi Korporat Paling Kreatif, manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) meraih gangsa untuk Iklan Cetak Antarabangsa Terbaik.

Kedua-dua anugerah itu adalah antara lima kategori Anugerah Kreatif yang dipertanding, iaitu Laman Web Antarabangsa Terbaik, Reka Bentuk Ruang Pameran Terbaik dan Brosur Pengambilan Pelajar Antarabangsa Terbaik.

Alumni Sekolah

019-333 4355

Pembaca dipelawa menghantar berita dan foto tentang aktiviti alumni sekolah ke ruangan Alumni Sekolah. Hantar melalui e-mel [email protected] atau alamatkan kepada: Ruangan Alumni Sekolah, Utusan Melayu (M) Berhad, No 44, Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 
Kuala Lumpur.

http://www.tutor.com.my/alumnisekolah

helo kampus

[email protected]