Fauziah Sh. Ahmad
Fauziah Sh. Ahmad

Berbanding institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang lain, anak syarikat JCorp Berhad itu memberi fokus kepada melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran untuk masa kini dan masa depan.

Menurut Dekan Sekolah Pengurusan dan Perniagaan (SoBM) KPJUC, Prof. Dr. Fauziah Sh. Ahmad, fakulti itu kini menawarkan empat program termasuk Diploma Pe­ngurusan Informasi Kesihatan serta empat kursus Ijazah Sarjana Muda iaitu Psikologi, Pengurusan Perniagaan dan Seni dalam Strategi dan Komunikasi Korporat.

“Fokus kami adalah untuk melengkapkan mahasiswa bagi memenuhi permintaan pasaran industri masa kini selain bersaing meningkatkan kebolehpasaran me­reka pada masa akan datang.

“Setiap graduan yang dihasilkan juga sentiasa menjadi pilihan syarikat kesihatan kerana yakin dengan mutu serta kualiti yang dihasilkan SoBM,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Fauziah, aspirasi SoBM juga adalah untuk melahirkan gra­duan yang bijak dalam perniagaan selain cemerlang dalam bidang kesihatan menerusi mo­dul pembelajaran yang digunakan.

Selain itu katanya, kejayaan perniagaan rangkaian KPJ juga dijadikan inspirasi kepada mahasiswa untuk belajar mengenai proses perniagaan.

Jelasnya, ini termasuk dari segi undang-undang berasaskan kesihatan, kewangan, etika mahupun pembangunan hospital baharu.

“Kami mempunyai akses kepada suatu contoh perniagaan dan rangka kerja pengurusan yang baik bagi memberi gambaran jelas kepada pelajar.

“Justeru contoh tersebut akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sekali gus menjadi satu kelebihan kepada pelajar untuk mengaplikasikannya,” katanya.

KPJUC Menawarkan pengajian selama tempoh tiga tahun untuk setiap program, yuran pengajian ialah RM40,000 hingga RM60,000 mengikut kursus yang dipilih.

BAGI mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program yang ditawarkan, 
boleh hubungi 1-300-88-5758 atau [email protected]