Oleh kerana bentuk muka buminya yang bergunung ganang, maka penduduknya tertumpu kepada beberapa kawasan tertentu sahaja,

Menjadikan Jepun antara negara yang terpadat di dunia. Namun, perkara utama yang menjadikan itu unik adalah bagaimana sikap dan jati diri rakyatnya yang berjaya membawa negara itu ke tahap negara berteknologi tinggi sehingga diiktiraf antara negara yang termaju di dunia dalam bidang ekonomi, ketenteraan, telekomunikasi, kejuruteraan dan robotik.

Bagi mendekati budaya dan adat budaya masyarakat Jepun ini, baru-baru ini pelajar Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya (UM) menganjurkan program Pertukaran Budaya Antarabangsan (ICE) di negara matahari terbit itu dengan kerjasama Universiti Yamanashi dan Pusat ASEAN-Jepun.

Ketua delegasinya yang juga pelajar Sains Bioperubatan, Farliyana Aminordin berkata, program ini merupakan medium yang sesuai bagi proses pertukaran ilmu dan akademik pelajar UM untuk mengenali sahsiah dan budaya masyarakat Jepun.

“Dalam program ini, kami mengetengahkan konsep pendidikan dan pertukaran budaya melalui aktiviti yang bersifat praktikal dan tidak terikat dengan konsep lawatan semata-mata.

“Di Muzium Animasi Suginami contohnya, kami berpeluang untuk melukis sendiri watak kartun yang digunakan dalam proses animasi secara tradisi, berbanding cara moden yang menggunakan perisian komputer. Manakala ketika di Universiti Yamanashi pula kami berpeluang melaksanakan tugasan berkumpulan bersama pelajar Jepun termasuk mengadakan latihan taekwondo dan mempelajari bahasa Jepun,”katanya.

Farliyana menambah, sepanjang program akademik ini, para peserta turut berpeluang untuk mengenakan pakaian tradisi Jepun iaitu komono dan pakaian samurai,

“Di Muzium Seni Itchiku Kubota kami diberi tunjuk ajar tatacara pemaikan pakaian tradisi dengan betul, kami turut didedahkan dengan pengetahuan tentang pemakaian kimono yang hanya dipakai semasa majlis tertentu sahaja.

“Peserta lelaki pula berpeluang mengenali kehidupan sebagai seorang samurai dengan lebih dekat termasuklah tatacara penjagaan pedang samurai yang penuh dengan nilai tradisi. Ini merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna dalam diri para peserta,” katanya.