Perkembangan itu turut memberi dimensi baharu apabila cabang perkomputeran semakin meluas dengan penemuan pelbagai bidang yang akhirnya membantu melonjakkan permintaan majikan dalam sektor kerjaya.

Malah, ancaman jenayah siber seperti malware, iaitu penipuan melalui program sama ada komputer atau telefon pintar turut memberi impak pada perkembangan bidang kerjaya forensik komputer di Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Forensik komputer atau dikenali juga sebagai digital forensik adalah salah satu cabang ilmu forensik yang berkait rapat dengan bukti perundangan yang ditemui dalam komputer dan media penyimpanan digital.

Tujuannya menerangkan situasi terkini artifak digital seperti sistem komputer, medium pe­nyimpanan seperti hard disk, dokumen elektronik seperti e-mel.

Forensik komputer juga saling berkaitan dengan beberapa ka­tegori seperti jaringan forensik, data forensik serta telekomunikasi forensik.

Antara kepakaran lulusan forensik komputer termasuklah menganalisa sistem komputer dalam kes membabitkan perundangan, berkemampuan mengenali dan memperbaiki kerosakan data komputer dalam sesebuah organisasi.

Selain itu, graduan lulusan ini juga berupaya mengesan pencerobohan sistem komputer dan membantu organisasi memahami lebih lanjut mengenai fungsi perkomputeran yang diguna pakai .

Terdapat beberapa langkah asas perlu diketahui dalam komputer forensik iaitu persediaan penyiasatan, pelbagai data jika membabitkan aspek perunda­ngan, pemeriksaan, analisis dan pembentangan fakta.

Melihat potensi bidang itu, Management and Science University (MSU) menawarkan program Forensik Komputer di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dengan kelayakan minimum me­la­lui Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan (FISE).

Usaha itu bagi memberi peluang kepada pelajar yang berminat untuk mengikuti program tersebut sekali gus mengisi peluang kerjaya cerah.

Program tersebut diketengahkan menggunakan modul pem­belajaran terkini, selain dibantu dengan sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor-mentee dan

jalinan dengan industri melalui University Industry Advisory Panel (UIAP).

Pendekatan itu bagi membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang selain dibantu dengan suasana pembelajaran kondusif sebagai bonus kepada pelajar.