Menerusi kerjasama itu, UPSI selaku perunding akan membantu MAIPk menjalankan kajian dan penyelidikan kajian berkenan potensi kutipan zakat di negeri ini.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Antarabangsa UPSI, Profesor Datuk Dr. Noraini Idris berkata, menerusi kajian bertajuk Potensi Kutipan Zakat di Negeri Perak Darul Ridzuan, pihaknya dapat mengenal pasti potensi kutipan dan prospek golongan pembayar.

“Ini boleh meningkatkan kutipan zakat sekaligus dapat mengenal jenis dan golongan pembayar yang tepu supaya kaedah mempromosikan zakat MAIPk menjadi lebih fokus dan terarah,” katanya dalam majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori, di sini baru-baru ini.

Memorandum perjanjian untuk tempoh dua tahun itu ditandatangani Dr. Noraini dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed.

Majlis disaksikan Pengurus Besar Bahagian Operasi Pemasaran dan Pungutan Hasil MAIPk, Ahmad Nazim Md. Tajuri dan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Prof Madya Dr. Tajul Shuhaizam Said.

Noraini berkata, MAIPk memberi dana penyelidikan sebanyak RM300,000 kepada UPSI bagi menjalankan kajian tersebut.