Pengerusi bersama program tersebut, Lee Chai Chuen berkata, beberapa acara telah di­la­k­sanakan antaranya pertandi­ngan menyanyi dalam bahasa Mandarin, pertandingan kostum tradisional Asia serta sesi penghargaan buat Tan Sri. Dr. P. Ramlee menerusi pertandingan mempersembahkan babak-babak lucu dari filem-filem seniman legenda itu dalam bahasa Mandarin.

“Antara tujuan festival ini diadakan adalah untuk menggalakkan para mahasiswa se­lain membantu mereka menjadi le­bih berani untuk menggunakan bahasa Mandarin terutamanya selepas waktu kuliah.

“Dalam masa sama, para mahasiswa turut berpeluang menjalinkan kerjasama dan belajar mengenai kebudayaan kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini,” katanya di sini.

Mengulas lanjut katanya, festival tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan daripada Kelab Mandarin Sekolah Phatnawitya, Thailand yang berkunjung ke universiti berkenaan.

“Seramai 34 pelajar dan lima guru dari sekolah yang berpangkalan di Yala, Thailand itu hadir menjalankan pelbagai aktiviti bersama kami.

“Aktiviti dijalankan terma­suklah seni guntingan kertas 3D, kelas bahasa Mandarin mudah, serta perkongsian mengenai permainan tradisi kedua-dua ne­gara,” katanya.