Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Karnival Canselor Putra UPM pupuk sahsiah mahasiswa

KUALA LUMPUR 3 Mac - Kolej Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Karnival Canselor Putra Ke-6 selama tiga hari bermula hari ini.

Karnival tahunan tersebut menawarkan beberapa aktiviti dan pengisian menarik seperti larian amal, derma darah, aktiviti memanah, permainan video, melukis, ceramah agama dan ceramah motivasi.

Pengetuanya, Dr. Paiman Bawon berkata, pengisian karnival itu dilihat mampu melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek pencapaian akademik dan sahsiah.

“Pembelajaran etika dan moral menerusi aktiviti yang dijalankan terutama yang berunsur amal dilihat sebagai platform bagi membentuk mahasiswa berkeperibadian tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan karnival itu di sini hari ini.

Menurutnya, karnival itu juga selaras dengan visi untuk membawakan konsep ihsan yang merangkumi perbuatan dan aktiviti yang baik dalam kalangan mahasiswa

Mengulas lanjut Paiman berkata, pada tahun ini pihaknya menyasarkan kunjungan 5,000 orang yang terdiri daripada kalangan mahasiswa, pelajar dan orang awam ke karnival tersebut. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain