Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kamarudin terima anugerah 'Saintis Terkemuka' di Romania

KANGAR 23 Mei – Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin dikurniakan anugerah ‘Saintis Terkemuka’ sempena Pertandingan Kreativiti dan Inovasi Eropah Ke-8 (Euroinvent 2016) di Iasi, Romania, semalam.

Kamarudin yang juga Presiden Persatuan Penyelidikan dan Inovasi Malaysia (Myris) menerima anugerah berkenaan atas sumbangan beliau dalam perkembangan bidang bahan termaju antara Malaysia dengan Romania.

PROF. EMERITUS DATUK DR. KAMARUDIN HUSSIN
PROF. EMERITUS DATUK DR. KAMARUDIN HUSSIN

Sejak 2010, lebih 100 penerbitan akademik termasuk jurnal, buku dan prosiding berjaya dihasilkan menerusi hubungan erat dua hala itu.

Selain itu, pasukan Malaysia turut mencatat kejayaan membanggakan di pameran tersebut apabila hasil penyelidikan mereka mendapat pengiktirafan daripada pelbagai agensi serta meraih sembilan pingat emas dan empat perak.

Menurut Kamarudin, salah satu yang dimenangi adalah hasil penyelidikan Unimap Geopipe oleh pelajar doktor falsafah (Ph.D) Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (Cegeogtech), Mohamad Firdaus Abu Hashim.

Katanya, Mohamad Firdaus meraih anugerah khas daripada Croation Inventors Association dan Best Invention Association of Thai Innovation and Invention Promotion (ATIP) Thailand.

“Satu lagi pingat emas Unimap disumbangkan oleh Prof. Madya Dr. Zainab Hamzah melalui penyelidikannya berkaitan minuman sarang burung segera yang turut mendapat penghargaan khas daripada University of Sibiu, Romania.

“Tujuh pingat emas Malaysia yang lain antaranya disumbangkan oleh Prof. Dr. Hanafi Ismail (Universiti Sains Malaysia), Prof. Ir. Dr. Muhd. Fadhil Nuruddin (Universiti Teknologi Petronas) dan Dr. Ervina Efzan Mohd Nor (Universiti Multimedia Malaysia),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Lebih 500 inovasi dipertandingkan melibatkan hampir 40 buah negara, antaranya Bulgaria, Kanada, Croatia, Mesir, Indonesia, Iran, Iraq, Korea, Taiwan, Moldova, Arab Saudi, Thailand, Rusia, Poland, Vietnam dan United Kingdom.

Sementara itu, Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, pencapaian membanggakan itu membuktikan Unimap mempunyai hasil jaringan antarabangsa yang baik dan aktif.

“Saya rasa amat bersyukur atas pencapaian sangat memberangsangkan yang memberikan impak kepada Unimap dan berharap kita dapat mengekalkan kecemerlangan ini pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi.

Ini merupakan pencapaian pertama Unimap di persada antarabangsa sejak beliau menjadi Naib Canselor universiti itu pada 1 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE


 

 

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain