Kemenangan itu diraih melalui pe­nyertaan lapan penyelidik MSU dalam pelbagai kategori pada pertandingan tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pingat emas MSU diperoleh hasil ino­vasi ciptaan Dr. Muhd Ridzuan Pauzi dari International Medical School (IMS) bertajuk Dermacol Natural Antifungal Cream dan Nur Shazwany Zamani dari Fakulti Sains Maklumat dan Kejurute­raan (FISE) dengan inovasi bertajuk Arduino Writing Machine with High Accuracy and Low Size and Cost.

Pencapaian tersebut sekali gus mengiktiraf peranan MSU dalam bidang pembangunan penyelidikan dan inovasi pada peringkat universiti, kebangsaan serta global.

Hasil penyelidikan itu seterusnya dapat menghasilkan produk berkualiti yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Bagi memperkasakan lagi bidang tersebut, Pusat Pengurusan Penyelidikan MSU berperanan menjadi pusat kepada aktiviti penyelidikan dan inovasi kepada para pensyarah, pelajar pascasiswazah serta rakan industri.

Pameran pertandingan inovasi dan teknologi bertaraf antarabangsa itu me­rupakan acara tahunan anjuran Persatuan Rekaan dan Inovasi Malaysia (MINDS) dengan mempamerkan lebih 1,000 reka cipta membabitkan penyertaan 23 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Taiwan, Korea Selatan, Qatar dan Arab Saudi.

Pameran kali ke-29 itu juga mempertandingkan 23 kategori reka cipta antaranya bioteknologi, kesihatan dan kecergasan; ciptaan pendidikan; alam sekitar dan tenaga; barangan rumah; ICT dan multimedia; barangan penja­gaan peribadi serta barangan penjagaan khas dan kanak-kanak.

Pameran itu juga menjadi platform kepada para penyelidik dalam aspek pemasaran serta pengkomersilan produk yang dibangunkan oleh mereka.

Majlis penyampaian pingat dan anu­gerah kepada para penyelidik disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat MINDS, Myocho Kan.